Kenyataan media bersama Dong Zong dan Jiao Zong
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan terbuka untuk permohonan
Dong Jiao Zong menyeru agar lepasan SMPC mendaftarkan diri

18 March 2020

1.Pengambilan calon UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) oleh Kementerian Pendidikan akan dibuka untuk permohonan pada 23 hingga 31 Mac 2020. Ambilan khas PISMP-UEC oleh KPM ini terbuka kepada pelajar SMPC yang memiliki kelayakan lulusan SPM dan UEC.

Justeru itu, lepasan SMPC yang berminat menjadi guru sekolah rendah cina boleh memperolehi maklumat terperinci daripada laman web rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia (http://ipgm.moe.edu.my/), dan memohon secara langsung daripada laman web rasmi PISMP (https://pismp.moe.gov.my) pada 23 Mac. Mereka tidak perlu membeli nombor pin daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mengisi borang di Unit Pengambilan Universiti (UPU). Menurut syarat permohonan yang digariskan KPM, umur calon lulusan UEC tidak boleh melebihi 20 tahun (pada 30 Jun 2020), dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris dan Sejarah; dan memiliki sekurang-kurangnya tiga kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level(UEC-SML).  

2. Sejak PISMP dibuka untuk permohonan pada Februari, Dong Jiao Zong terus memberi perhatian sama ada ia terbuka kepada lulusan UEC, untuk memastikan program ini tidak dihentikan lantaran pergolakan politik tanahair. Justeru itu, setelah kabinet dibentuk dan disandang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan II oleh Dato’ Dr.Mah Hang Soon, Jiao Zong dengan segera memaklumkan kepada beliau bahawa PISMP-UEC belum dibuka untuk permohonan, dan memohon agar Timbalan Menteri Pendidikan II memberi perhatian dan mengendalikan isu ini sebaik-baiknya.

Dong Jiao Zong berasa lega setelah KPM memaklumkan bahawa pengambilan calon UEC untuk PISMP akan dibuka pada minggu depan. Dong Jiao Zong menyeru agar lepasan SMPC yang berkelayakan merebut peluang ini untuk memohon, kerana ia juga peluang untuk mencurahkan sumbangan kepada pembangunan pendidikan bahasa Cina. Menurut sistem sedia ada, guru yang merupakan graduan universiti menikmati gaji asas kira-kira RM2,300, ditambah dengan elaun penjawat awam, gaji bulanan boleh mencecah RM3,000. Pada masa yang sama, seseorang guru juga menikmati pelbagai kebajikan sebagai penjawat awam.

3.Sejak pengambilan PISMP-UEC pada tahun 2011, kira-kira 20 kekosongan (Kategori bahasa Cina sekolah rendah Cina) ditawarkan setiap tahun. Namun, disebabkan pelbagai faktor, 20 kekosongan ini gagal diisi penuh. Justeru itu, Dong Jiao Zong menyeru SMPC seluruh negara, Persatuan Lembaga Pengurus dan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina menyebarkan informasi ini, agar lebih ramai lepasan SMPC mengajar di sekolah rendah Cina.

Dong Jiao Zong memberi perhatian sepenuhnya terhadap isu permohonan PISMP oleh lepasan SMPC. Sesiapa yang berdepan dengan kesulitan sepanjang proses permohonan, sila hubungi Jiao Zong (alamat emel: [email protected] atau WhatsApp kepada 011-5852 4692). Pada masa yang sama, Dong Jiao Zong menyeru agar lepasan SMPC yang memohon untuk PISMP menyerahkan salinan maklumat permohonannya kepada Jiao Zong, agar pihak kami mampu mengikuti perkembangan berikutnya.