Dong Zong: Kaji selidik KPM tidak objektif
Kaji Selidik Perancangan Hala Tuju 5 Tahun yang dijalankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah merangkumi soalan sensitif yang mencungkil perhatian pendidik bahasa Cina. Dong Zong berpandangan bahawa soal selidik tersebut kurang profesional dan boleh mengelirukan. Yang berikut adalah kenyataan media Dong Zong:
1.Dasar perpaduan yang memberi kesan jangka panjang harus digubal dengan melibatkan perbincangan badan bukan kerajaan (NGO) dan pemegang taruh, seperti Dong Jiao Zong, pertubuhan alumni dan sebagainya. Pandangan mereka harus diambil kira. Pendekatan soal selidik dengan mengumpul pandangan awam tidak sesuai, kerana pandangan kaum minoriti akan diabaikan.
- Agak sukar untuk soal selidik dalam talian berakhir dengan keputusan yang objektif dan jitu. Ia tidak boleh digunakan sebagai piawaian asas untuk penggubalan dasar atau rancangan yang penting.
3. Jikapun pendekatan soal selidik dalam talian digunapakai, kami berpandangan bahawa tempoh publisiti diperlukan sebelum soal selidik ini dijalankan, agar NGO, pertubuhan sosial, pemegang taruh, orang awam termasuk ibu bapa boleh menyuarakan pandangan dan cadangan masing-masing. Ia tidak boleh dijalankan hanya dengan dimuat naik ke dalam talian dan dilepaskan tangan begitu sahaja. - Lebih-lebih lagi, soalan yang dirangka dalam kaji selidik ini tidak objektif, memperlihatkan kepincangan, boleh mengelirukan dan ia gagal menjurus kepada penilaian yang adil.
5. Justeru itu, Dong Zong menyeru agar KPM mengundang NGO dan pertubuhan berkenaan untuk terlibat dalam kajian dasar perpaduan. Dasar yang mustahak tidak harus digubal dengan semberono.