Sidang media Dong Zong berhubung Belanjawan 2016


Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Dato Seri Najib Razak telah membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat pada 22 Oktober 2015. Yang berikut adalah kenyataan media Dong Zong:-  

  1. Belanjawan 2016 memperuntukkan RM500 juta untuk pembangunan dan penyelenggaraan fasiliti pendidikan untuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Sekolah Mubaligh; Sekolah Berasrama Penuh; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; Maktab Rendah Sains MARA (MRSM); Sekolah Pondok yang berdaftar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau Conforming School. Bagaimanapun, butiran terperinci peruntukan mengikut pecahan jenis-jenis sekolah tersebut belum diumumkan. Atas prinsip demokrasi, bahawa rakyat berhak untuk mengetahui, dan ketelusan belanjawan, kami menggesa agar kerajaan mengumumkan butiran terperinci bagaimana RM500 juta ini diagihkan mengikut jenis sekolah, supaya rakyat tahu ke mana dana itu disalurkan dan digunakan. Kami berasa kesal kerana 9 jenis sekolah yang disebut di atas tidak merangkumi sekolah menengah persendirian Cina (SMPC). Jelas, keperluan SMPC telah diabaikan.

    2. Kami amat kecewa dengan pengurangan peruntukan pembangunan dan penyelenggaran pendidikan dari RM800 juta dalam Belanjawan 2015, kepada RM500 juta dalam Belanjawan 2016. Pada hemat kami, apapun dasar belanjawan kerajaan, ia tidak harus mengorbankan pendidikan asas rakyat secara keseluruhannya. (rujuk jadual 1)

    3. Belanjawan 2016 memperuntukkan RM41 bilion 359.7 juta kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antaranya, RM39 bilion 315.87 juta adalah peruntukan mengurus, dan peruntukan pembangunan hanya mencatat RM2 bilion 43.83 juta. (rujuk jadual 2) Antaranya, kerajaan bakal membina 30 buah sekolah rendah dan 27 buah sekolah menengah pada tahun 2016. Dong Zong memohon agar kerajaan mengumumkan senarai nama sekolah, peruntukan, lokasi, butiran perkembangan pembinaan dan sebagainya. Dong Zong juga menyeru agar kerajaan membina SRJKC, SRJKT, sekolah conforming (SMJK) dan sebagainya, malah menanggung segala kos pembinaan dan tanah sekolah, dan mengumumkan butiran pembinaan sekolah tersebut.

    4. Kesimpulannya, Dong Zong tidak berpuas hati dengan Belanjawan 2016. Selain langkah yang memberi manfaat jangka pendek, ia terlalu optimis ketika berdepan dengan keadaan ekonomi yang kritikal sekarang, tetapi tiada langkah yang baik untuk meredakan masalah ekonomi tempatan. Dong Zong juga tidak bersetuju dengan sesetengah peruntukan dana yang diumumkan atas pertimbangan politik. (tamat)  

Lampiran:
Jadual 1: Peruntukan pendidikan Belanjawan 2012-2016

Tahun SRK SRJKC SRJKT SMJK Nota
2012 500j 100j 100j Tiada peruntukan  
2013 400j 100j 100j Tiada peruntukan  
2014 100j 50j 50j Tiada peruntukan  
2015 450j 50j 50j 25j  
2016 Jumlah peruntukan RM500j Untuk 9 jenis sekolah

Sumber: Laporan media

 

Jadual 2: Perbelanjaan Sebenar (2012-2014) dan Peruntukan (2015-2016) Bagi Mengurus Dan Pembangunan
Sumber: Laman Kementerian Kewangan