Kenyataan Dong Jiao Zong berhubung hala tuju pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional:
11 Mar 2020 

  1. Dalam pergolakan politik baru-baru ini, Perikatan Nasional telah mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan. Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa dirinya Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, dan mengumumkan senarai menteri kabinet beliau. Hala tuju pentadbiran kerajaan baru pada masa akan datang menjadi tumpuan semua pihak.

  2. Dong Jiao Zong menggesa menteri kanan, Dr.Mohd Radzi bin Md Jidin sebagai Menteri Pendidikan agar mentadbir dengan mentaliti yang profesional, dan sentiasa bertitik tolak dari perspektif seluruh rakyat. Di samping itu, beliau digesa agar mengambil langkah proaktif untuk berinteraksi dengan pertubuhan seperti Dong Jiao Zong, institusi akademik dan pakar akademik untuk menggubal dasar pendidikan yang sesuai, agar layanan saksama diberikan kepada semua sekolah dari pelbagai aliran, lantas mempertingkatkan kualiti dan daya saing pendidikan negara kita.
  3. Dong Jiao Zong menggesa Menteri Pendidikan memandang berat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi sekian lama, iaitu kekurangan tenaga guru di sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan cina, menambah bina sekolah dan peruntukan dana secara bersistematik, di samping memberi bantuan dan sokongan secara proaktif untuk pembangunan sekolah menengah persendirian cina (SMPC).

Selain itu, Kementerian Pendidikan harus mengumumkan perkara berkenaan Lembaga Pengelola di bawah Akta Pendidikan 1966, untuk menyelesaikan isu pengenalan Jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, juga kedudukan SJK Cina dan Tamil yang dicabar di mahkamah, kononnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan; untuk menjamin pembangunan lestari pendidikan pelbagai aliran; mempertahankan kepelbagaian, kemakmuran dan keharmonian negara.

  1. Dong Jiao Zong menggesa agar kerajaan mengumumkan laporan Jawatankuasa Khas Peperiksaan Bersepadu (UEC), dan mengumumkan secara rasmi pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).