LPS harus selesaikan isu pemilikan tanah sekolah dengan baik, seru Dong Zong


Menurut laporan media, berlakunya pertikaian berhubung hak milik tanah SJK(C) Yeok Kheong, Selama, di Kedah. Malah, di sesetengah SJK(C) yang mana tanahnya dimiliki individu lain, andainya pemilik tanah menuntut balik tanah sekolah, ia boleh memberi kesan yang besar terhadap sekolah berkenaan. Yang berikut adalah kenyataan media Dong Zong:

  1. Ingin kami nyatakan, bahawa masyarakat Cina bersyukur dan menyanjung tinggi tokoh-tokoh yang menderma tanah untuk pembinaan sekolah jenis kebangsaan Cina, atas semangat “Jangan sesekali pendidikan dikorbankan, walau betapa miskin sekalipun”. Namun, amalan mulia ini jikalau tidak dikendalikan dengan baik, misalnya dihitam-putihkan dengan dokumen bertulis, atau dikesahkan dari segi perundangan, boleh mengakibatkan pewaris keturunan menuntut balik tanah berkenaan dengan mengingkari wasiat penderma. Kejadian seumpama ini boleh mengundang kesan negatif kepada pendidikan dan anak-anak kita. Senario kalah-kalah amat dikesali.

Dengan ini, Dong Zong ingin menyeru agar pihak yang terlibat dalam kontroversi pemilikan tanah SJK(C) Yeok Kheong memberi keutamaan kepada pendidikan dan anak-anak, menghormati wasiat penderma, di samping Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) harus mengambil sikap berani bertanggungjawab, dan mencari jalan penyelesaian yang wajar melalui rundingan.

  1. Dong Zong ingin menegaskan, bahawa di bawah Akta Pendidikan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) ialah sekolah bantuan kerajaan. Kedudukan dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada LPS untuk menguruskan sekolah adalah jelas. Ini menjelaskan mengapa LPS digelar sebagai pengasuh pendidikan bahasa Cina selama ini.

Tiga ciri-ciri keistimewaan SJKC, iaitu LPS diperuntukkan bidang kuasa tertentu, bahasa pengantara utama pengajaran dan pentadbiran adalah bahasa Cina. Ia menunjukkan peranan penting yang dimainkan LPS. LPS setiap SJKC menggalas misi dan tanggungjawab untuk membina, mengurus, memelihara dan membangun sekolah sebagaimana yang diamanahkan masyarakat Cina dan peruntukan undang-undang. Justeru itu, anggota LPS harus sentiasa mengingatkan diri supaya melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Dong Zong menggesa agar setiap anggota LPS di seluruh negara menyedari tanggungjawab sendiri, termasuk hal ehwal pendaftaran LPS, pengurusan aset dan dana sekolah, penyelesaian hal ehwal pemilikan hak tanah dan cukai tanah.

  1. Dong Zong menyeru agar semua LPS menyemak dokumen geran dan cukai tanah sekolah masing-masing dengan segera, untuk mengenalpasti pemilik tanah yang didaftarkan dalam geran, juga rekod pembayaran cukai tanah dan pendermaan tanah. Untuk tanah SJKC yang dimiliki individu, kerajaan negeri atau syarikat, LPS harus menghubungi mereka, cuba untuk mengambil alih hak milik tanah sekolah, supaya didaftarkan di bawah nama pemegang Amanah LPS atau syarikat berhad non-profit yang ditunjangi LPS.

Untuk tanah sekolah yang dimiliki pertubuhan sosial atau agama, kajian kami mendapati ada antara pertubuhan ini adalah pengasas sekolah, dan ada yang bukan. Apapun, LPS seharusnya menyelesaikan isu hak milik tanah sekolah ini secara tuntas, melalui perbincangan dan rundingan dengan pertubuhan-pertubuhan ini, sama ada mereka pengasas sekolah atau bukan.