2019年8月22日 | Kenyataan Media
Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
22 Ogos 2019
Lapan Pertubuhan India Menyertai
Kenyataan Bersama Sembilan Pertubuhan Cina
- Berhubung dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 mengenai isu pengenalan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan, maka 9 buah pertubuhan termasuk Dong Zong dan Jiao Zong telah mengeluarkan kenyataan bersama pada 20 Ogos ini untuk mengutarakan pandangannya.
- Pada hari ini, 8 buah pertubuhan masyarakat India memberi respon positif dan menandatangani kenyataan bersama tersebut. Mereka juga mengakui Jemaah Menteri telah mengkaji semula dan membuat perubahan langkah-langkah berkenaan isu tersebut, dan menyeru Kementerian Pendidikan mengumumkan isi kandungan DSKP, buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu dan cara pelaksanaannya.
- Senarai 8 buah pertubuhan tersebut adalah seperti berikut:
- Tamil Foundation Malaysia
- Educational, Welfare and Research Foundation Malaysia (EWRF)
- Child Information, Learning and Development Centre Malaysia (CHILD)
- Malaysian Dravidian Association
- Coalition of Malaysian Indian Organisations
- Malaysian Association of Indian University Graduates (MAIUG)
- Global Organisation of People of Indian Origin (GOPIO)
- Pertubuhan Titian Digital Malaysia
- Pada masa ini, terdapat 17 buah pertubuhan telah menandatangani kenyataan bersama tersebut seperti yang dilampirkan di bawah.
KENYATAAN BERSAMA
22 Ogos 2019
- Kami melihat secara positif terhadap keputusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 mengenai isu pengenalan tulisan Jawi. Bagaimanapun, ingin kami tegaskan bahawa matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid, maka kami tidak setuju murid-murid SJK mempelajari tulisan Jawi, kerana langsung tidak memberi bantuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu. Maka, hanya setakat memperkenalkan tulisan Jawi kepada murid-murid untuk mengetahui adanya jenis tulisan ini sahaja adalah memadai. Pada pandangan kami, pihak kerajaan prihatin terhadap suara komuniti bukan Islam, dan mengambil langkah penyelesaian untuk mengikis kebimbangan komuniti bukan Islam merupakan satu tindakan yang tepat.
- Berkenaan dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa pengenalan tulisan Jawi di SJK hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui PIBG serta ibu bapa dan murid, kami berpendapat bahawa ini akan menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan dalam proses pelaksanaan, malah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Lebih-lebih lagi, kebanyakan SJK(C) di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai PIBG. Pada halnya, ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah di SJK telah merangkumi wakil-wakil daripada PIBG dan persatuan alumni, maka adalah lebih sesuai diserahkan kepada LPS sekolah untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi.
- Kami berpendapat bahawa KPM menukarkan pengenalan seni tulisan khat kepada tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK dapat mengikis keraguan komuniti bukan Islam. Dalam konteks ini, KPM boleh merujuk kepada buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 5 yang ada memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum, termasuk seni tulisan Jawi.
- Memandangkan masih ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan dengan lebih teliti, maka kami menyeru KPM mengumumkan isi kandungan DSKP dan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu supaya orang ramai mengetahui bagaimana pengenalan tulisan Jawi dilaksanakan di SJK(C) dan SJK(T). KPM juga harus terlebih dahulu berunding dan mendapat persetujuan pihak berkepentingan, terutamanya Dong Jiao Zong dan pertubuhan pendidikan Tamil sebelum keputusan dibuat, ini adalah penting untuk mengikis kebimbangan dan keraguan orang ramai, serta memastikan ciri-ciri dan identiti SJK(C) dan SJK(T) tidak terjejas.
KPM harus terus mengadakan sesi libat urus dengan pertubuhan pelbagai kaum dari semasa ke semasa supaya perbezaan pandangan yang timbul dapat diselesaikan melalui perbincangan yang rasional, ini amat penting untuk mempertingkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum.
- Memandangkan isu pengenalan tulisan Jawi masih dalam perbincangan, kami akan terus mengumpul maklumat dan mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan, termasuk Kementerian Pendidikan, supaya mengetahui situasi sebenar dan menjalankan tindakan susulan yang perlu.
Senarai pertubuhan:
- Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
- Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)
- Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong)
- Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia
- Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
- Merdeka University Bhd
- LLG Cultural Development Center
- Majlis Bahasa Cina Malaysia
- Persatuan Bekas Siswah Universiti dan Kolej Di China, Malaysia
- Tamil Foundation Malaysia
- Educational, Welfare and Research Foundation Malaysia (EWRF)
- Child Information, Learning and Development Centre Malaysia (CHILD)
- Malaysian Dravidian Association
- Coalition of Malaysian Indian Organisations
- Malaysian Association of Indian University Graduates (MAIUG)
- Global Organisation of People of Indian Origin (GOPIO)
- Pertubuhan Titian Digital Malaysia
2019年8月20日 | Kenyataan Media
KENYATAAN BERSAMA
20 Ogos 2019
1. Kami melihat secara positif terhadap keputusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 mengenai isu pengenalan tulisan Jawi. Bagaimanapun, ingin kami tegaskan bahawa matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid, maka kami tidak setuju murid-murid SJK mempelajari tulisan Jawi, kerana langsung tidak memberi bantuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu . Maka, hanya setakat memperkenalkan tulisan Jawi kepada murid-murid untuk mengetahui adanya jenis tulisan ini sahaja adalah memadai. Pada pandangan kami, pihak kerajaan prihatin terhadap suara komuniti bukan Islam, dan mengambil langkah penyelesaian untuk mengikis kebimbangan komuniti bukan Islam merupakan satu tindakan yang tepat.
2.Berkenaan dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa pengenalan tulisan Jawi di SJK hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui PIBG serta ibu bapa dan murid, kami berpendapat bahawa ini akan menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan dalam proses pelaksanaan, malah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Lebih-lebih lagi, kebanyakan SJK(C) di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai PIBG. Pada halnya, ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah di SJK telah merangkumi wakil-wakil daripada PIBG dan persatuan alumni, maka adalah lebih sesuai diserahkan kepada LPS sekolah untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi.
3.Kami berpendapat bahawa KPM menukarkan pengenalan seni tulisan khat kepada tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK dapat mengikis keraguan komuniti bukan Islam. Dalam konteks ini, KPM boleh merujuk kepada buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 5 yang ada memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum, termasuk seni tulisan Jawi.
4. Memandangkan masih ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan dengan lebih teliti, maka kami menyeru KPM mengumumkan isi kandungan DSKP dan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu supaya orang ramai mengetahui bagaimana pengenalan tulisan Jawi dilaksanakan di SJK(C) dan SJK(T). KPM juga harus terlebih dahulu berunding dan mendapat persetujuan pihak berkepentingan, terutamanya Dong Jiao Zong dan pertubuhan pendidikan Tamil sebelum keputusan dibuat, ini adalah penting untuk mengikis kebimbangan dan keraguan orang ramai, serta memastikan ciri-ciri dan identiti SJK(C) dan SJK(T) tidak terjejas.
KPM harus terus mengadakan sesi libat urus dengan pertubuhan pelbagai kaum dari semasa ke semasa supaya perbezaan pandangan yang timbul dapat diselesaikan melalui perbincangan yang rasional, ini amat penting untuk mempertingkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum.
5.Memandangkan isu pengenalan tulisan Jawi masih dalam perbincangan, kami akan terus mengumpul maklumat dan mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan, termasuk Kementerian Pendidikan, supaya mengetahui situasi sebenar dan menjalankan tindakan susulan yang perlu.
Senarai pertubuhan:
- Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong
- Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Jiao Zong
- Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Hua Zong
- Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia
- Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
- Merdeka University Bhd
- LLG Cultural Development Center
- Majlis Bahasa Cina Malaysia
- Persatuan Bekas Siswah Universiti dan Kolej Di China, Malaysia
2019年8月13日 | Kenyataan Media
Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
13 Ogos 2019
Kekalkan Seni Khat dalam Pendidikan Islam
Dong Zong dan Jiao Zong berasa amat kesal atas tuduhan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12hb Ogos, malah menafikan dengan tegas label yang dilontarkan ke atas Dong Zong, kononnya Dong Zong yang menolak pengajaran seni khat adalah badan rasis yang menolak segala usaha kerajaan dalam pendidikan.
- Dong Jiao Zong menegaskan bahawa pendirian kami selama ini adalah untuk membangunkan pendidikan bahasa ibunda dan menggalakkan kepelbagaian budaya antara kaum di negara kita. Kami sedar akan realiti kepelbagaian di negara kita, maka kami menggalakkan persefahaman, penghormatan dan keterangkuman terhadap perbezaan budaya antara kaum, dan menolak sebarang tindakan yang merendahkan kaum lain. Untuk menggalakkan interaksi antara kaum, Dong Zong telah menubuhkan jawatankuasa pembangunan kepelbagaian kaum dan budaya yang berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti interaksi bagi para pelajar antara aliran sekolah.
- Dong Jiao Zong bukan satu-satunya badan yang menolak pengajaran seni Khat di sekolah jenis kebangsaan, tetapi pandangan ini mewakili suara arus perdana dalam komuniti non-muslim di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Malah, bukan semua orang Melayu bersetuju dengan langkah ini. Sebagai contoh, Tan Sri Rafidah Aziz telah menyatakan bahawa seni khat harus dijadikan mata pelajaran elektif dan bukan wajib.
- Pengajaran seni khat ditolak lantaran kegagalan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan untuk mengambil pandangan masyarakat bukan Melayu – sama ada Dong Zong, Jiao Zong, Tamil Foundation ataupun MCCBCHST. Hakikatnya, seni khat selama ini diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bermula Tahun 4 untuk murid muslim yang telah mempelajari tulisan Jawi sejak Tahun 1. Apakah rasionalnya untuk mengajar seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, sehingga murid bukan muslim yang belum kenal tulisan Jawi pun perlu belajar seni kaligrafinya? Selain itu, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 1 hingga 6 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menetapkan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi dan seni khat. Maka, kerajaan seharusnya mengekalkan pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi dan seni khat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan bukannya dimasukkan ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Bantahan terhadap pengajaran seni khat atas kesangsian bahawa ia sebagai alat dakwah dan sebahagian daripada usaha Islamisasi ada asasnya. Motivasi agama ini dinyatakan jelas oleh, antara lain, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz, yang menyokong “usaha kerajaan untuk memperkenalkan tulisan Jawi dan seni khat” demi “meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap tulisan Jawi dan Bahasa Arab, serta memudahkan mereka untuk mempelajari Al-Quran serta memahaminya seterusnya beramal dengannya.”
Motivasi agama dalam peluasan tulisan khat juga jelas dapat dihayati dalam tulisan ilmiah seperti “Sumbangan Kaligrafi Arab dalam Kesenian Islam: Suata Kajian Sejarah” oleh Dr Mohd Bakhir Hj Abdullah.
- Komuniti non-muslim memahami kecintaan komuniti Muslim terhadap tulisan Jawi dan seni khat yang berteraskan keimanan. Kami menyokong hasrat mulia Yadim dan pihak lain untuk meningkatkan penguasaan tulisan Jawi untuk anak-anak Muslim sahaja dan menyaran agar seni khat terus diajar dalam Pendidikan Islam. Mengajar seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja membimbangkan ibu bapa bukan muslim di SJKC dan SJKT, tetapi juga ibu bapa bukan muslim di SK. Jika seni khat diajar secara wajib dengan motivasi dakwah, maka ini tidak menepati prinsip al-Quran yang mengajar bahawa tiada paksaan dalam Islam.
- Dong Jiao Zong menegaskan pendirian kami untuk mendukung sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dengan tulisan Rumi sebagai bentuk tulisan rasmi yang tunggal sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9, Akta Bahasa Kebangsaan yang berasaskan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan berbunyi: “Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.”
- Dong Jiao Zong juga menghargai tulisan Jawi sebagai warisan dan pembuka pintu kepada karya-karya bahasa Melayu sebelum tulisan Rumi menjadi popular. Dong Jiao Zong mengambil maklum dan menghormati usaha kerajaan dan masyarakat Melayu untuk memelihara tulisan Jawi. Akan tetapi, untuk tulisan diterima dan dipelajari oleh komuniti non-muslim, ia mesti boleh mengungkap makna dan perbincangan di luar bidang Islam, sepertimana bahasa Arab digunakan oleh orang Arab bukan muslim – seperti di Palestine, Lebanon, Syria dan Mesir – untuk semua tujuan tanpa batasan termasuk agama Kristian.
- Dong Jiao Zong menyeru YAB Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar pandangan semua pihak dalam polemik seni khat dan tidak menafikan pandangan non-muslim. Kerajaan Pakatan Harapan harus memastikan bahawa keputusan penting yang melibatkan kaum, bahasa, agama dan budaya dibuat hanya selepas libat-urus (engagement) yang merangkumi semua pemegang taruh. Dong Jiao Zong sedia menjelaskan pendirian kami dalam isu ini kepada YAB Perdana Menteri dan menyeru YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengambil langkah untuk membentuk badan konsultative yang merangkumi semua komuniti bahasa dan agama dalam Kementeriannya agar kontroversi seperti isu seni khat yang dapat dielakkan sebermulanya, tidak berulang di masa depan.
2019年8月10日 | Kenyataan Media
Kenyataan Bersama Mesyuarat antara Dong Zong dengan
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia
di Semua Negeri
10hb.Ogos.2019
Memohon Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Membatalkan Pengajaran Khat dalam Subjek Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT
(1) Kami ingin menyatakan bahawa, menurut hasil penyelidikan ahli akademik dan bukti dokumentasi, Khat sebenarnya ialah sejenis gaya tulisan yang digunakan untuk mengembang dan menyebarkan al-Quran dan ajaran agama Islam. Tindakan kerajaan untuk melaksanakan pembelajaran Khat di kalangan pelajar bukan muslim adalah sama sekali tidak dapat diterima oleh komuniti bukan Islam, bahkan ia melanggar Perkara 12 (3) Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, kami dengan tegasnya memohon kerajaan agar membatalkan pengajaran Khat di sekolah rendah jenis kebangsaan, dan mengekalkan hanya pengenalan kepada tulisan-tulisan pelbagai kaum, termasuk tulisan Jawi, Cina dan Tamil seperti yang sudah sedia ada dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5 SJKC dan SJKT sejak tahun 2015.
(2) Kami menegaskan bahawa, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem sekular dan harus mematuhi perundangan sekular dalam pentadbirannya. Ini bukan sahaja merupakan kontrak sosial semasa pengasasan negara Malaysia dan ia juga merupakan pemahaman tersirat sesama kaum. Ini merupakan asas penting untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat dan mengekalkan keharmonian masyarakat. Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menjamin kebebasan dalam kepercayaan agama dan tidak membenarkan paksaan terhadap sesiapa untuk menerima mana-mana ajaran atau doktrin agama.
(3) Dong Zong menghormati budaya berbilang bangsa, termasuk kaligrafi Jawi dan budaya Islam, dan juga berusaha dalam menjalinkan interaksi sesama kaum untuk memupuk pemahaman dan toleransi. Kami sokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menggalakkan interaksi kebudayaan antara kaum di sekolah-sekolah, termasuk integrasi nilai-nilai budaya berbilang bangsa di kurikulum dan aktiviti sekolah, supaya pelajar-pelajar memahami keistimewaan budaya pelbagai kaum. Namun, ini haruslah selaras dengan keadaan sebenar dalam sekolah vernakular dan tidak boleh mengubah ciri-ciri khusus yang sedia ada pada sekolah-sekolah vernakular.
(4) Kerajaan harus mengkikiskan pemikiran lama, mempamerkan keazaman untuk menjalankan reformasi dan mencapai pembaharuan, di samping mementingkan komunikasi dan penjelasan dasar-dasar dengan efektif, bertindak dengan segera terhadap dasar-dasar yang lapuk agar seiring dengan perubahan masa, dan mengugurkan dasar pendidikan satu aliran. Kerajaan harus merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang relevan semasa mendraf sebarang dasar atau arahan yang berkenaan dengan isu-isu penting dan sensitif. Perundingan dan konsultasi harus dijalankan di semua peringkat termasuk peringkat perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Kerajaan harus memastikan komunikasi yang berkesan dengan rakyat, dan mempertimbangkan realiti kepelbagaian kaum dan agama di negara majmuk ini supaya dapat mencari penyelesaian yang baik untuk mengelakkan penjejasan keyakinan serta kepercayaan antara berbilang bangsa dan juga isu-isu yang menimbulkan konflik masyarakat. Dengan ini, barulah pentadbiran dan pembangunan negara kita akan kembali ke landasan yang betul dan relevan.
2019年8月6日 | Kenyataan Media
Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
6 Ogos 2019
Penjelasan tentang pertemuan wakil-wakil 12 buah pertubuhan Pendidikan Cina dan Tamil dengan YB Timbalan Menteri Pendidikan:
- Wakil- wakil 12 buah pertubuhan Pendidikan Cina dan Tamil bertemu dengan Timbalan Menteri Pendidikan pada 6 Ogos di Pejabat Kementerian Pendidikan, bertujuan untuk menyampaikan kenyataan pendirian mereka dalam isu pembelajaran Seni Khat di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pendirian tersebut (rujuk lampiran) menyeru KPM supaya “Tangguh Dan Bincang semula” adalah persefahaman antara semua 12 pertubuhan yang bersidang pada 5 Ogos di Dong Zong.
- Dalam sidang pertemuan dengan YB Timbalan Menteri, wakil-wakil pertubuhan juga menyampaikan pendapat tidak setuju dengan keputusan KPM untuk mecelakkan unsur pembelajaran Seni Khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan.
- Wakil-wakil pertubuhan berpendapat bahawa cara memperkenalkan tulisan Jawi yang tidak melibatkan pembelajaran, menulis, latihan atau pentaksiran, seperti buku teks Tahun 5 Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan selama lima tahun, adalah memadai.
- Wakil-wakil pertubuhan juga berpendapat bahawa pertubuhan-pertubuhan yang berkepentingan seharusnya dijemput untuk memberi pandangan dan cadangan terhadap pindaan Dokumen Standard Kandungan Dan Pentaksiran (DSKP) yang akan menentukan kaedah memperkenalkan Seni Khat di Sekolah Jenis Kebangsaan. Selain daripada itu, sidang pertemuan juga berkongsi pendapat bahawa perbincangan dan konsultasi dari pihak pihak berkepentingan haruslah diadakan atas isu pendidikan yang penting dan sensitif sebelum pelaksanaannya.
Klik LAMPIRAN