Pendirian terhadap tulisan Jawi tidak berubah , DJZ mengalu-alukan pandangan dan nasihat semua pihak

Pendirian terhadap tulisan Jawi tidak berubah , DJZ mengalu-alukan pandangan dan nasihat semua pihak

Kenyataan media Dong Zong

9 Disember 2020

Pendirian terhadap tulisan Jawi tidak berubah ,

DJZ mengalu-alukan pandangan dan nasihat semua pihak

 

Kami ingin menegaskan bahawa laporan media Sinar Harian pada 8hb Disember 2020 baru-baru ini  mengenai temu ramah bersama Pengerusi Dong Zong, Encik Tan Tai Kim  yang bertajuk “Perlu ikut prinsip kepelbagaian budaya, kata Dong Zong” wujudnya kandungan yang akan mencetuskan kekeliruan sesetengah pihak disebabkan penggunaan perkataan yang agak kurang tepat dalam  artikel tersebut.

 

Sebenarnya artikel Sinar Harian tersebut amat menyeluruh dan tepat, kecuali hanya wujudnya penggunaan perkataan yang kurang tepat dalam perenggang pertama laporan tersebut, dan mengakibatkan kekeliruan atau salah tafsir sesetengah pihak termasuk bekas Menteri Pendidikan YB Maszlee Malik.

 

Pendirian Dong Zong mengenai isu tulisan Jawi tidak pernah berubah malah kami berharap masyarakat awam dapat mengikuti dan memahami pendirian kami dengan teliti. Isi kandungan temu ramah Encik Tan Tai Kim dalam Sinar Harian adalah berdasarkan dan sejajar dengan kenyataan bersama Dong Jiao Zong  (DJZ) sebelum ini iaitu DJZ tidak bersetuju dengan cara pengajaran Tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak pernah membantah sebarang tulisan mana-mana kaum termasuk tulisan Jawi, tetapi ia harus berlandaskan konsep kepelbagaian. Kami menyeru agar Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk kepada unit tulisan kaligrafi berbilang kaum dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 yang dilaksanakan sejak tahun 2015 kerana unit sedemikian dianggap bersesuaian dengan keadaan kepelbagaian negara kita.

 

Pendirian tersebut juga selaras dengan kenyataan bersama yang dibuat oleh DJZ serta wakil masyarakat Cina dan India pada 15hb Januari 2020 selepas perjumpaan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof ketika itu. Kami ingin menegaskan bahawa tidak kira sama ada kerajaan Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional, pendirian DJZ terhadap tulisan Jawi adalah konsisten.

 

Kami berharap masyarakat awam merujuk kepada kenyataan ini untuk memahami pendirian DJZ terhadap isu tulisan Jawi dengan jelas dan tepat. Akhir sekali, kami mengalu-alukan cadangan dan nasihat daripada pelbagai pihak sebagai tunjuk ajar untuk kami pada masa hadapan.

Menyeru Kerajaan Menubuh Jawatankuasa Perbincangan dan Pemantauan Peruntukan Pendidikan dan Meneruskan Peruntukan Kepada SMPC dan 3 Buah IPT Bukan Untung

Menyeru Kerajaan Menubuh Jawatankuasa Perbincangan dan Pemantauan Peruntukan Pendidikan dan Meneruskan Peruntukan Kepada SMPC dan 3 Buah IPT Bukan Untung

Kenyataan Dong Zong dan Jiao Zong

25 November 2020

Menyeru Kerajaan Menubuh Jawatankuasa Perbincangan dan Pemantauan Peruntukan Pendidikan dan Meneruskan Peruntukan Kepada SMPC dan 3 Buah IPT Bukan Untung

 

Setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf pelbagai aliran sekolah dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini, Dong Jiao Zong berpendapat ini adalah kali pertama KPM mengagih peruntukan berasaskan jumlah sekolah dan bukan seperti kaedah dahulu yang memberikan peruntukan sebanyak RM50 juta tanpa mengambil kira bilangan sekolah setiap aliran (termasuk SJKC, SJKT, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Mubaligh). Ini menunjukkan kerajaan mendengar pandangan dan cadangan pertubuhan-pertubuhan masyarakat. Namun, Dong Jiao Zong berpendapat mekanisme pengagihan peruntukan yang diumumkan oleh KPM tersebut masih ada kelemahan dan masalah yang perlu diperbaiki. Oleh itu, kami menyeru kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada pihak KPM dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat untuk membincang mekanisme tersebut dan menjalankan kerja-kerja pemantauan yang berkaitan.

 

Mengikut pengumuman menteri, daripada jumlah RM800 juta tersebut, asas perkiraan bagi pengagihan peruntukan itu adalah berdasarkan purata daripada peruntukan RM620 juta bagi semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan iaitu sebanyak RM60,648 bagi setiap sekolah untuk tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah, manakala siling peruntukan bagi sekolah bantuan kerajaan dikira berdasarkan 90 peratus daripada purata itu, didarabkan dengan bilangan 1,930 sekolah. Ini bermakna wujudnya layanan yang tidak saksama di antara sekolah bantuan kerajaan dan sekolah kerajaan dalam aspek peruntukan. Dong Jiao Zong berpendapat tidak kira sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan, kesemuanya terletak dibawah kawal selia KPM dan kerajaan harus memberi layanan yang saksama kepada mereka dan tidak menganaktirikan mereka. Oleh itu, kami berpendapat masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam mekanisme pengagihan peruntukan KPM dengan menghasilkan satu mekanisme yang lebih berkesan dan telus dalam pengumuman berkala berkenaan perincian peruntukan sekolah, termasuk mengambil kira bilangan murid supaya sekolah-sekolah yang besar mendapat peruntukan tambahan.

 

Selain daripada peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah, kerajaan juga harus mengumumkan peruntukan untuk pembinaan sekolah baru dan penempatan semula sekolah serta peruntukan utiliti seperti bayaran bil air, elektrik dan pembentungan. Kerajaan mempunyai tanggangjawab untuk menyediakan tanah sekolah dan peruntukan yang mencukupi untuk menyiapkan pembinaan SJKC yang masih belum siap dibina dengan segera agar sekolah-sekolah tersebut dapat beroperasi secepat mungkin, ini termasuk pembinaan 10 buah SJKC baharu dan penempatan semula 6 buah SJKC yang diluluskan oleh kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu. Di samping itu, kerajaan harus menanggung bil utiliti semua sekolah bantuan kerajaan dan bukan hanya memberi peruntukan maksimum RM5 ribu Ringgit kepada sekolah bantuan kerajaan di mana sekolah-sekolah tersebut terpaksa menyelesaikan baki yang tidak mencukupi dengan sendiri. Ini adalah tidak adil kepada sekolah bantuan kerajaan.

 

Kerajaan pernah memberi peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan tiga buah institutsi pengajian tinggi (IPT) bukan untung di belanjawan tahun 2019 dan 2020. Tetapi sehingga kini kerajaan masih tidak menyatakan pendiriannya sama ada meneruskan peruntukan kepada SMPC dan IPT bukan untung tersebut. Oleh itu, Dong Jiao Zong berasa kecewa dan berpendapat SMPC dan tiga buah IPT (Kolej Universiti New Era, Kolej Universiti Selatan dan Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang) tersebut merupakan institusi pendidikan bukan untung yang melahirkan modal insan dan bakat untuk pembangunan negara kita. Maka Dong Jiao Zong menyeru kerajaan meneruskan dasar yang memanfaatkan rakyat dan meneruskan peruntukan kepada SMPC dan tiga buah IPT bukan untung berkenaan.

Dong Jiao Zong Menegaskan Pengenalan Tulisan Pelbagai Kelompok Etnik dengan Pendekatan Kepelbagaian Dan Menyeru KPM Menangguh Pengenalan Tulisan Jawi Serta Berdailog Untuk Kajian Semula

Dong Jiao Zong Menegaskan Pengenalan Tulisan Pelbagai Kelompok Etnik dengan Pendekatan Kepelbagaian Dan Menyeru KPM Menangguh Pengenalan Tulisan Jawi Serta Berdailog Untuk Kajian Semula

Kenyataan Dong Zong dan Jiao Zong

21 November 2020

Dong Jiao Zong Menegaskan Pengenalan Tulisan Pelbagai Kelompok Etnik dengan Pendekatan Kepelbagaian Dan Menyeru KPM Menangguh Pengenalan Tulisan Jawi Serta Berdailog Untuk Kajian Semula

Dong Zong dan Jiao Zong berasa kesal dan tidak puas hati terhadap keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengabaikan suara hati masyarakat Cina dan India dengan meneruskan  pengenalan  tulisan  jawi dalam aspek seni bahasa kurikulum Bahasa Melayu untuk murid Tahun 5 SJKC dan SJKT seperti  yang  telah  diputuskan  dalam  mesyuarat  Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019.

1. Dong Jiao Zong berpendapat, pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 telah menimbulkan banyak pertikaian kerana cara dan model yang dilaksanakan oleh KPM menimbulkan keraguan dan kegelisahan di kalangan masyarakat Cina dan India. Oleh itu, Dong Jiao Zong dan pertubuhan-pertubuhan Cina dan India telah memberikan beberapa pandangan dan cadangan, termasuk meminta KPM melaksanakannya melalui pendekatan kepelbagaian dan merujuk kepada unit tulisan kaligrafi berbilang kelompok etnik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 yang dilaksanakan sejak 2015 kerana unit sedemikian dianggap bersesuaian dengan keadaan kepelbagain kelompok etnik di negara kita dan dapat menggalak pertukaran budaya dan persefahaman antara semua kelompok etnik dan bukan hanya semata-mata pengenalan tulisan Jawi. Tetapi apa yang mengecewakan adalah KPM tidak hanya gagal memandang berat dan menerima pandangan pertubuhan-pertubuhan Cina dan India, malah meminggirkan hak-hak lembaga pengelola sekolah yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996 dalam proses pelaksanaan, dan seterusnya menyebabkan masyarakat Cina berasa amat tidak puas hati.

 

2. Dong Jiao Zong menyatakan dalam satu kajian terhadap ibu bapa murid-murid Tahun 4 dan PIBG yang dijalankan oleh KPM pada awal tahun ini menunjukkan bahawa daripada 1297 buah SJKC dan 524 buah SJKT di seluruh negara, masing-masing hanya terdapat 2.70% dan 0.38% sahaja yang bersetuju dengan pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Kajian KPM tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa SJKC dan SJKT tidak menerima model pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak bersetuju dengan langkah KPM tersebut, maka pelaksanaannya telah kehilangan maknanya. Apa yang lebih serius ialah pelaksanaan tersebut menimbulkan perpecahan di antara murid-murid dan di antara ibu bapa. Oleh itu, KPM harus segera membatalkan pelaksanaan tersebut yang tidak diterima oleh ibu bapa dan bukan melanjutkannya di Tahun 5 yang akan menimbulkan pertikaian yang tidak perlu.

 

3. Dong Jiao Zong sekali lagi menegaskan bahawa kami tidak membantah bahasa dan tulisan mana-mana kelompok etnik, termasuk pengenalan tuliasan Jawi, tetapi berpendapat ianya hendaklah berasaskan prinsip-prinsip kepelbagaian budaya agar selaras dengan semangat hidup bersama dalam kepelbagaian. Oleh itu, demi menyelesaikan isu pengenalan tulisan Jawi di SJKC dan SJKT dengan baik, Dong Jiao Zong dan pertubuhan-pertubuhan lain masih meneruskan pelbagai usaha pada tahun ini, termasuk mengemukakan permintaan dan cadangan kepada KPM agar memasukkan pengenalan tulisan semua kaum supaya selaras dengan keadaan sebenar negara kita yang mempunyai pelbagai kelompok etnik, bahasa, budaya dan agama. Memandangkan Menteri Kanan Pendidikan YB Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin telah berkata akan memperhalusi semula pengenalan tulisan Jawi secara terperinci, maka Dong Jiao Zong berpendapat, cara terbaik adalah menangguhkan pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dan menjemput semua kaum, termasuk pertubuhan-pertubuhan budaya dan pendidikan dari Sabah dan Sarawak untuk bermesyuarat, mengumpul pendapat dan mencari formula penyelesaian terhadap isu tersebut yang selaras dengan keadaan kepelbagaian negara kita.

Hentikan penindasan, UM diseru agar berdialog dengan siswa-siswi

Hentikan penindasan, UM diseru agar berdialog dengan siswa-siswi

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

9 November 2020

Hentikan penindasan, UM diseru agar berdialog dengan siswa-siswi

Dong Jiao Zong mengecam tindakan pihak polis menangkap bekas Presiden Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (UMANY), Wong Yan Ke di bawah Kanun Keseksaan, atas tuduhan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas ketika penyiasatan kes UMANY. Tindakan polis adalah keterlaluan kerana telah mencabul kebebasan individu tersebut.

 

Selain itu, Dong Jiao Zong menyeru pihak Universiti Malaya (UM) agar berdialog dengan siswa-siswi untuk mendengar suara yang berbeza, dan bukannya mengambil tindakan untuk menindas, atau mencengkam siswa-siswi berdiam diri.

 

Ketika pegawai polis menggeladah kediaman Yap Weng Qin, Presiden UMANY pada 7 November, semua individu yang berada di tempat kejadian memberi kerjasama kepada polis yang menjalankan tugas. Insiden mengingkari kuasa polis, atau mencemuh, mahupun menyerang polis tidak berlaku. Tindakan Wong Yan Ke untuk membuat rakaman sepanjang polis menjalankan tugas sebagai bahan keterangan kelak, cuma salah satu kaedah rakyat memantau proses penguatkuasaan, tanpa mengganggu polis daripada menjalankan tugas mereka.

 

Ia adalah satu tuduhan yang keterlaluan seandainya amalan hak ini ditafsirkan sebagai “menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas”, malah ia telah melewati batas dan menyekat kebebasan rakyat. Jelas, apa yang berlaku memperlihatkan keperluan reformasi pasukan keselamatan. Kerajaan harus membentangkan semula Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (RUU IPCMC).

 

Dewasa ini, pihak Universiti Malaya diandai tidak segan silu menawarkan diri untuk berkhidmat kepada agenda politik, sehingga mengabaikan profesional pendidikan yang harus dipertahankan. Fenomena ini agak membimbangkan. Institusi pengajian tinggi seharusnya menjadi persada yang menyaksikan penyebaran pemikiran bebas dan pertembungan idea. Mustahil kita menuai hasil pendidikan yang maju dan progresif seandainya terus mengurung diri dalam kepompong lama. UM tidak seharusnya memperlekehkan kebebasan akademik dan kebebasan bersuara. Insititusi pendidikan seharusnya membebaskan diri daripada belenggu politik, dan kembali kepada landasan professional pendidikan.

Siswa-siswi seharusnya digalakkan untuk berprihatin terhadap isu semasa, bersikap kritis terhadap fenomena sosial, dan memainkan peranan sebagai anggota masyarakat sivil. Lebih-lebih lagi, jikalau ditinjau dari perspektif pendidikan, siswa-siswi seharusnya digalakkan untuk berfikir secara kritis dan membina jati diri yang bebas dan merdeka. Sepanjang proses ini, siswa-siswi harus diberi ruang jikalau melakukan kesilapan. Seandainya kita terlalu asyik untuk menghukum, ia bercanggah dengan semangat luhur universiti untuk menerokai kebenaran, meraih kebebasan akademik dan bersuara.

Siaran Akhbar :Pengumuman Pemenang untuk Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Malaysia – “Menyanjung Kepelbagaian” anjuran Dong Zong

Siaran Akhbar :Pengumuman Pemenang untuk Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Malaysia – “Menyanjung Kepelbagaian” anjuran Dong Zong

Siaran Akhbar Pengumuman Pemenang untuk Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Malaysia – “Menyanjung Kepelbagaian” anjuran Dong Zong

 

Sebanyak 11 buah karya terbaik telah dipilih dalam Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Malaysia – “Menyanjung Kepelbagaian” anjuran Dong Zong. Selain sijil penghargaan, para pemenang juga akan diberi hadiah wang tunai sebagai tanda penghargaan.

 

  1. Malaysia pada asalnya adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Kini, kemajmukan masyarakat tempatan diperkayakan dengan kedatangan komuniti antarabangsa dan pekerja asing. Kecanggihan teknologi dan pengangkutan menjadikan dunia kini tanpa batasan dan interaksi antara kaum telah menjadi hakikat yang tidak dapat dinafikan. Dalam era globalisasi, sikap memahami, menghayati serta menghormati kepelbagaian budaya telah menjadi norma masyarakat yang penting dan ia juga menjadi tujuan utama Dong Zong menganjurkan pertandingan ini, iaitu memupuk semangat saling menghormati dan inklusif antara satu sama lain melalui tulisan esei.

 

  1. Pertandingan ini telah diadakan, bermula pada bulan lepas (Ogos 2020) dan menerima sambutan yang baik daripada semua lapisan masyarakat, antaranya termasuk pelajar-pelajar dari sekolah rendah sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Hal ini menunjukkan rakyat tempatan yang semakin mengambil berat tentang konsep kepelbagaian.

 

  1. Setelah melalui proses penilaian yang teliti, sekurang-kurangnya tiga buah karya telah dipilih untuk setiap kategori Bahasa dan pemenangnya akan menerima sijil penyertaan serta hadiah wang tunai. Selain itu, peserta yang berkelayakan juga akan dihadiahi dengan sijil dan kupon belian buku sebagai tanda penghargaan. Antara senarai pemenang adalah seperti berikut:

 

Kategori Bahasa Melayu: (3 Karya terpilih)

Jane Ho Mei Ying, pelajar, “Semarakkan Hubungan Antara Kaum”

Muhammad Faiz Ikhwan bin Hasbulah, pelajar, “Perkauman membinasakan perpaduan”

Joy Lee Xing Yee, pelajar, “Bertuah, Bersyukur”

 

Kategori Bahasa Inggeris: (3 Karya terpilih)

Joseph Hamzah Anwar, Student, “Enlightened by Diversity”

Elijah Wong Jing Er, Student, “Malaysia – The Diverse Football Team”

Joycelyn Ong Shee Hui, Education consultant, “Precious Friendship Made in Sarawak”

 

Kategori Bahasa Mandarin: (5 Karya terpilih)

Tai Yu Jing, Guru, “Peristiwa dalam proses mengajar”

Sim Ming Choo, Guru, “Negeri Sarawak yang indah”

Lee Jia Hui @ Li JiaHuij, Pelajar, “Tahun kelapan”

Chee Jeng Ying, Pelajar, “Menyanjung Kepelbagaian”

Chu Jun Cheng, Pelajar, “Menyanjung Kepelbagaian”

 

  1. Hasil karya terpilih menampilkan konsep kepelbagaian yang amat ketara melalui pengalaman kehidupan harian penulis tersebut dan ia amat berharga terutamanya nilai kandungan esei tersebut mencerminkan betapa indah semangat masyarakat kita yang sentiasa menyanjung tinggi terhadap nilai kepelbagaian dalam kehidupan harian.

 

  1. Semua hasil karya pemenang akan dipaparkan berturutan sejak masa ini melalui media internet – Malaysiakini (https://www.malaysiakini.com/). Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Dong Zong (https://www.dongzong.my/) atau facebook Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya (PKKB) (https://www.facebook.com/duzhongsci). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Organisasi, Dong Zong (03-87362337, Yap Heng Lung (301), Cheng Guan Hui (299)).

 

Sekian terima kasih.

 

Daripada,

Bahagaian Hal Ehwal Organisasi, Dong Zong

@Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Malaysia Tahun 2020 – “Menyanjung Kepelbagaian”

@Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Malaysia Tahun 2020 – “Menyanjung Kepelbagaian”

Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Malaysia Tahun 2020 – “Menyanjung Kepelbagaian”

Kenyataan Media Dong Zong

11 Ogos 2020

Pertandingan  Menulis Esei  Sempena Hari Malaysia Tahun 2020 –

“Menyanjung Kepelbagaian”

 

Abad ke-21 terutamanya di bawah arus globalisasi telah pun mengubahkan struktur masyarakat pada masa ini, di mana unsur kepelbagaian telah menjadi sebagai arus perdana dalam masyarakat. Sempena menyambut Hari Malaysia, Dong Zong telah menganjurkan pertandingan menulis esei bertemakan “Menyanjung Kepelbagaian” dengan kerjasama bersama media internet-Malaysiakini dan sokongan kewangan daripada Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Negeri Selangor –YB Ng Sze Han

 

Kami berharap melalui pertandingan ini dapat menggalakkan khalayak ramai untuk berkongsi pengalaman sendiri mengenai keindahan sifat kepelbagaian kaum dan budaya dalam masyarakat  melalui tulisan esei yang bergambar untuk kita bersama-sama berdepan dan menghapuskan gejala rasisme dan xenofobia dalam negara pada masa ini.

 

Masa depan negara kita akan menjadi lebih cerah dengan penerimaan konsep kepelbagaian dalam masyarakat. Dong Zong sebagai sebuah pertubuhan pendidikan berasaskan komuniti selalu mengambil berat terhadap isu hak kesamarataan dalam masyarakat. Maka kami mengadakan pertandingan ini dengan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat demi mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan kemaslahatan sosial sempena Hari Malaysia.

 

Objektif pertandingan:

  1. Menyemai semangat kepelbagaian budaya dan memupuk sifat toleransi serta saling

menghormati dalam masyarakat.

  1. Memelihara kepelbagaian kaum dan budaya dalam negara.

 

Tarikh tutup penyertaan pada 8 September 2020 (Selasa). Semua hasil penyertaan  hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup. Karya yang lewat tidak akan dipertimbangkan .

 

Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman sesawang Dong Zong iaitu (https://www.dongzong.my)atau  menghubungi pengawai esekutif Bahagian Hal Ehwal Organisasi, Encik Yap Heng Lung dengan nombor telefon: 03-87362337 (Ext: 301),Cik Cheng Guan Hui (Ext 299) atau e-mel: [email protected].

 

Sekian terima kasih.

Lampiran: Poster  Pertandingan  Menulis Esei  Sempena Hari Malaysia Tahun 2020 –“Menyanjung Kepelbagaian”

Daripada,

Bahagaian Hal Ehwal Organisasi, Dong Zong