Pengetua dan Penolong Kanan Harus Mempunyai Kelayakan Bahasa Cina Menyeru Penolong Kanan Sebagai Pemangku Pengetua Sehingga Pengetua Baru Dilantik

Pengetua dan Penolong Kanan Harus Mempunyai Kelayakan Bahasa Cina Menyeru Penolong Kanan Sebagai Pemangku Pengetua Sehingga Pengetua Baru Dilantik

Kenyataan Dong Zong

26/8/2019

Pengetua dan Penolong Kanan Harus Mempunyai Kelayakan Bahasa Cina

Menyeru Penolong Kanan Sebagai Pemangku Pengetua Sehingga Pengetua Baru Dilantik

 

Sebagai respon kepada persaraan bekas pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pai Chee di Mersing, Johor, Jabatan Pendidikan Negeri  telah melantik seorang  yang tidak mempunyai kelayakan  Bahasa Cina untuk berkhidmat sebagai pengetua baru. Timbalan Menteri Pendidikan YB Teo Nie Ching berkata bahawa ini hanya satu pelantikan sementara supaya tidak menjejaskan pentadbiran sekolah berkenaan. Katanya, pengetua baru akan dilantik pada Januari tahun 2020. Maka, Dong Zong mengeluarkan kenyataan mengenai perkara  berkenaan seperti berikut:

 

  1. Dong Zong menggesa Kementerian Pendidikan memastikan pengetua yang dilantik untuk  berkhidmat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan di seluruh negara mempunyai kelayakan Bahasa Cina. Ini kerana pelantikan seseorang  yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina untuk jawatan pengetua akan menjejas ciri-ciri khas Sekolah Menengah Jenis  Kebangsaan (SMJK).

 

  1. Dong Zong mengulangi dan menegaskan bahawa pengetua dan penolong kanan   Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) semestinya mempunyai kelayakan Bahasa Cina, dan bersetuju untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional SMJK, serta memperolehi persetujuan terlebih dahulu daripada Lembaga Pengarah atau Lembaga Pengelola sekolah berkenaan. Maka, Kementerian Pendidikan haruslah melantik penolong pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pai Chee mengendalikan hal ehwal sekolah secara sementara sehingga pengetua  yang sesuai dilantik. Pada masa yang sama, Dong Zong juga menggesa Kementerian Pendidikan dan Lembaga Pengarah atau Lembaga Pengelola sekolah berkenaan  berunding dan mencari jalan untuk menangani  pekara ini.

 

  1. Dong Zong menyeru pihak Kementerian Pendidikan menetapkan kelayakan untuk berkhidmat sebagai pengetua dan penolong kanan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) secara jelas, merumuskan mekanisme dan rancangan untuk melatih dan memupuk kedua-dua jawatan tersebut. Dengan ini, agar mempunyai persediaan calon berkelayakan mencukupi untuk mengisi kekosongan jawatan supaya masalah yang sudah lama dihadapi ini dapat diselesaikan. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan digesa untuk menjalankan satu banci untuk mengetahui sama ada pengetua dan penolong kanan di seluruh Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) mempunyai kelayakan dalam Bahasa Cina untuk memenuhi perancangan dan  permintaan masa  depan untuk kedua-dua jawatan tersebut. Dong Zong juga bersedia  bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menggalakkan lebih ramai guru-guru yang berkelayakan untuk mendaftar kursus “‘National  Professional
    Qualification Educational Leaders’(NPQEL)”  supaya dapat dipenuhi syarat menjadi pengetua di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo Akibat Masalah Kewangan dan Kesuntukan Dana Utusan Melayu (M) Bhd

Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo Akibat Masalah Kewangan dan Kesuntukan Dana Utusan Melayu (M) Bhd

Kenyataan Dong Zong Tentang Insiden Tunggakan Gaji Pekerja

Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo Akibat Masalah Kewangan dan

Kesuntukan Dana Utusan Melayu (M) Bhd

 

22 Ogos 2019

 

Dong Zong prihatin terhadap kejadian tunggakan gaji pekerja akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo akibat masalah kewangan Utusan Melayu (M) Bhd. Kami menyeru Utusan Melayu (M) Bhd mengumumkan keadaan kewangannya dan menerima pemantauan oleh orang ramai terhadap pengurusan medianya. Kami juga meminta kerajaan dan masyarakat mengambil berat tentang hak pekerja media dan memperbaiki persekitaran media dan kebebasan media.

 

Media merupakan kuasa keempat untuk memantau kerajaan. Kebebasan media adalah nilai penting yang amat berharga dan tidak boleh diabaikan dalam sesebuah masyarakat demokrasi. Sejarah perkembangan akhbar-akhbar Utusan Melayu menunjukkan ia telah dijadikan alat parti politik dan mengalami kesukaran apabila negara kita berada dalam proses transformasi demokrasi. Pihak pengurusan Utusan Melayu tidak mematuhi perjanjian pekerjaan, gagal membayar gaji kepada pekerjanya selama beberapa bulan, sehingga menyusahkan kehidupan para pekerja. Kejadian sebegini harus dibidas. Ketiadaan hak pekerja bermakna ketiadaan kebebasan media. Dengan adanya jaminan terhadap persekitaran pekerjaan para pekerja media, barulah boleh memastikan laporan dan berita yang berkualiti. Kami berpendapat bahawa kejadian tunggakan gaji tersebut bukan hanya merupakan hal dalaman Utusan Melayu, malah merupakan satu isu reformasi sistem dan industri media. Contohnya, (1) Mana-mana parti politik tidak harus melabur atau mengendalikan media sama ada secara langsung atau tidak langsung; (2) Menggubal undang-undang untuk mencegah kuasa monopoli media; (3) Memansuhkan undang-undang dan dasar-dasar yang menindas kebebasan media; (4) Menjamin kepelbagaian suara yang berkait rapat dengan pembangunan industri media dan kebebasan media di masa hadapan.

 

Utusan Melayu mempunyai sejarah yang lama, pengerusi Jiao Zong Lim Lian Geok pada tahun 1956, pernah dijemput oleh Utusan Melayu untuk menulis ucapan tahniah setitis tinta sempena Hari Raya Aidilfitri —— “Manifesting a Malayan Mindset” (diterjemah kepada tulisan Jawi).  Beliau mengharapkan  sekalian rakyat tanpa mengira kumpulan etnik seharuslah bekerjasama  dalam usaha membina negara. Katanya,dengan iktibar “hidup berbilang makmur bersama”,nescaya semua rakyat boleh mengecap keindahan khazanah kepelbagaian.

 

Seperti diketahui ramai, “Utusan  Melayu” telah memberikan sumbangan dalam usaha anti-kolonel dan kemerdekaan Malaya. Ia dianggap telah membawa bakti dalam sejarah kebebasan akhbar dan amat berbeza dengan situasi saat ini. Terutamanya  pada 1950-an, ramai wartawan, penulis dan aktivis sosial, seperti Said Zahari, Usman Awang, A. Samad Said, Samad Ismail, Kamaluddin Muhamad, dan sebagainya telah berkhidmat di akhbar berkenaan. Namun selepas akhbar ini di bawah pengelolaan parti politik pada akhir 1950-an, kebebasan penyuntingan dimanupulasi atau dikongkong ketat dan menjadi suara tunggal parti politik yang akhirnya menyebabkan pekerja-pekerjanya menghadapi  kemusykilan hari ini.

 

Utusan Malaysia seharusnya segera menjelaskan segala tunggakan gaji dan pampasan pekerja. Kerajaan harus campur tangan kontraversi antara pihak majikan dan pekerja akhbar berkenaan agar hak pekerja dapat dilindungi. Akhirnya, kami memohon parti politik jangan libatkan diri dalam pelaburan dan pengurusan media, serta mencampur tangan dalam pentadbiran dan urusan media. Kerajaan juga diminta menggubal undang-undang untuk mencegah mana-mana pihak yang berhasrat memonopoli media, melindungi keanekaragaman media dan keutuhan media agar mencegah media diselewengkan dan menjadi suara parti politik tertentu.

Lapan Pertubuhan India Menyertai Kenyataan Bersama Sembilan Pertubuhan Cina

Lapan Pertubuhan India Menyertai Kenyataan Bersama Sembilan Pertubuhan Cina

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

22 Ogos 2019

Lapan Pertubuhan India Menyertai

Kenyataan Bersama Sembilan Pertubuhan Cina

 

  1. Berhubung dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 mengenai isu pengenalan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan, maka 9 buah pertubuhan termasuk Dong Zong dan Jiao Zong telah mengeluarkan kenyataan bersama pada 20 Ogos ini untuk mengutarakan pandangannya.

 

  1. Pada hari ini, 8 buah pertubuhan masyarakat India memberi respon positif dan menandatangani kenyataan bersama tersebut. Mereka juga mengakui Jemaah Menteri telah mengkaji semula dan membuat perubahan langkah-langkah berkenaan isu tersebut, dan menyeru Kementerian Pendidikan mengumumkan isi kandungan DSKP, buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu dan cara pelaksanaannya.

 

  1. Senarai 8 buah pertubuhan tersebut adalah seperti berikut:

 

  • Tamil Foundation Malaysia
  • Educational, Welfare and Research Foundation Malaysia (EWRF)
  • Child Information, Learning and Development Centre Malaysia (CHILD)
  • Malaysian Dravidian Association
  • Coalition of Malaysian Indian Organisations
  • Malaysian Association of Indian University Graduates (MAIUG)
  • Global Organisation of People of Indian Origin (GOPIO)
  • Pertubuhan Titian Digital Malaysia

 

  1. Pada masa ini, terdapat 17 buah pertubuhan telah menandatangani kenyataan bersama tersebut seperti yang dilampirkan di bawah.

 

 

KENYATAAN BERSAMA

22 Ogos 2019

 

  1. Kami melihat secara positif terhadap keputusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 mengenai isu pengenalan tulisan Jawi. Bagaimanapun, ingin kami tegaskan bahawa matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid, maka kami tidak setuju murid-murid SJK mempelajari tulisan Jawi, kerana langsung tidak memberi bantuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu. Maka, hanya setakat memperkenalkan tulisan Jawi kepada murid-murid untuk mengetahui adanya jenis tulisan ini sahaja adalah memadai. Pada pandangan kami, pihak kerajaan prihatin terhadap suara komuniti bukan Islam, dan mengambil langkah penyelesaian untuk mengikis kebimbangan komuniti bukan Islam merupakan satu tindakan yang tepat.

 

  1. Berkenaan dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa pengenalan tulisan Jawi di SJK hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui PIBG serta ibu bapa dan murid, kami berpendapat bahawa ini akan menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan dalam proses pelaksanaan, malah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Lebih-lebih lagi, kebanyakan SJK(C) di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai PIBG. Pada halnya, ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah di SJK telah merangkumi wakil-wakil daripada PIBG dan persatuan alumni, maka adalah lebih sesuai diserahkan kepada LPS sekolah untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi.

 

  1. Kami berpendapat bahawa KPM menukarkan pengenalan seni tulisan khat kepada tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK dapat mengikis keraguan komuniti bukan Islam. Dalam konteks ini, KPM boleh merujuk kepada buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 5 yang ada memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum, termasuk seni tulisan Jawi.

 

  1. Memandangkan masih ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan dengan lebih teliti, maka kami menyeru KPM mengumumkan isi kandungan DSKP dan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu supaya orang ramai mengetahui bagaimana pengenalan tulisan Jawi dilaksanakan di SJK(C) dan SJK(T). KPM juga harus terlebih dahulu berunding dan mendapat persetujuan pihak berkepentingan, terutamanya Dong Jiao Zong dan pertubuhan pendidikan Tamil sebelum keputusan dibuat, ini adalah penting untuk mengikis kebimbangan dan keraguan orang ramai, serta memastikan ciri-ciri dan identiti SJK(C) dan SJK(T) tidak terjejas.

 

KPM harus terus mengadakan sesi libat urus dengan pertubuhan pelbagai kaum dari semasa ke semasa supaya perbezaan pandangan yang timbul dapat diselesaikan melalui perbincangan yang rasional, ini amat penting untuk mempertingkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum.

 

  1. Memandangkan isu pengenalan tulisan Jawi masih dalam perbincangan, kami akan terus mengumpul maklumat dan mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan, termasuk Kementerian Pendidikan, supaya mengetahui situasi sebenar dan menjalankan tindakan susulan yang perlu.

 

Senarai pertubuhan:

  • Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
  • Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)
  • Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong)
  • Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia
  • Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
  • Merdeka University Bhd
  • LLG Cultural Development Center
  • Majlis Bahasa Cina Malaysia
  • Persatuan Bekas Siswah Universiti dan Kolej Di China, Malaysia
  • Tamil Foundation Malaysia
  • Educational, Welfare and Research Foundation Malaysia (EWRF)
  • Child Information, Learning and Development Centre Malaysia (CHILD)
  • Malaysian Dravidian Association
  • Coalition of Malaysian Indian Organisations
  • Malaysian Association of Indian University Graduates (MAIUG)
  • Global Organisation of People of Indian Origin (GOPIO)
  • Pertubuhan Titian Digital Malaysia

KENYATAAN BERSAMA

KENYATAAN BERSAMA

KENYATAAN BERSAMA

20 Ogos 2019

 

1. Kami melihat secara positif terhadap keputusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 mengenai isu pengenalan tulisan Jawi. Bagaimanapun, ingin kami tegaskan bahawa matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid, maka kami tidak setuju murid-murid SJK mempelajari tulisan Jawi, kerana langsung tidak memberi bantuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu . Maka, hanya setakat memperkenalkan tulisan Jawi kepada murid-murid untuk mengetahui adanya jenis tulisan ini sahaja adalah memadai. Pada pandangan kami, pihak kerajaan prihatin terhadap suara komuniti bukan Islam, dan mengambil langkah penyelesaian untuk mengikis kebimbangan komuniti bukan Islam  merupakan satu tindakan  yang tepat.

 

2.Berkenaan dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa pengenalan tulisan Jawi di SJK hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui PIBG serta ibu bapa dan murid, kami berpendapat bahawa ini akan menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan dalam proses pelaksanaan, malah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Lebih-lebih lagi, kebanyakan SJK(C) di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai PIBG. Pada halnya, ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah di SJK telah merangkumi wakil-wakil daripada PIBG dan persatuan alumni, maka adalah lebih sesuai diserahkan kepada LPS sekolah untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi.

 

3.Kami berpendapat bahawa KPM menukarkan pengenalan seni tulisan khat kepada tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK dapat mengikis keraguan komuniti bukan Islam. Dalam konteks ini, KPM boleh merujuk kepada buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 5 yang ada memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum, termasuk seni tulisan Jawi.

 

4. Memandangkan masih ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan dengan lebih teliti, maka kami menyeru KPM mengumumkan isi kandungan DSKP dan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu supaya orang ramai mengetahui bagaimana pengenalan tulisan Jawi dilaksanakan di SJK(C) dan SJK(T). KPM juga harus terlebih dahulu berunding dan mendapat persetujuan pihak berkepentingan, terutamanya Dong Jiao Zong dan pertubuhan pendidikan Tamil sebelum keputusan dibuat, ini adalah penting untuk mengikis kebimbangan dan  keraguan orang ramai, serta memastikan ciri-ciri dan identiti SJK(C) dan SJK(T)  tidak terjejas.

 

KPM  harus terus mengadakan sesi libat urus dengan pertubuhan pelbagai kaum dari semasa ke semasa supaya perbezaan pandangan yang timbul dapat diselesaikan melalui perbincangan yang rasional, ini amat penting untuk mempertingkatkan  keharmonian dan perpaduan antara kaum.

 

5.Memandangkan isu pengenalan tulisan Jawi masih dalam perbincangan,  kami akan terus mengumpul  maklumat dan mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan, termasuk Kementerian Pendidikan,  supaya mengetahui situasi sebenar dan menjalankan   tindakan susulan yang perlu.

 

Senarai pertubuhan:

 

  • Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong
  • Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Jiao Zong
  • Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Hua Zong
  • Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia
  • Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
  • Merdeka University Bhd
  • LLG Cultural Development Center
  • Majlis Bahasa Cina Malaysia
  • Persatuan Bekas Siswah Universiti dan Kolej Di China, Malaysia

Kekalkan Seni Khat dalam Pendidikan Islam

Kekalkan Seni Khat dalam Pendidikan Islam

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

13 Ogos 2019

Kekalkan Seni Khat dalam Pendidikan Islam

 

Dong Zong dan Jiao Zong berasa amat kesal atas tuduhan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12hb Ogos, malah menafikan dengan tegas label yang dilontarkan ke atas Dong Zong, kononnya Dong Zong yang menolak pengajaran seni khat adalah badan rasis yang menolak segala usaha kerajaan dalam pendidikan.

 

  1. Dong Jiao Zong menegaskan bahawa pendirian kami selama ini adalah untuk membangunkan pendidikan bahasa ibunda dan menggalakkan kepelbagaian budaya antara kaum di negara kita. Kami sedar akan realiti kepelbagaian di negara kita, maka kami menggalakkan persefahaman, penghormatan dan keterangkuman terhadap perbezaan budaya antara kaum, dan menolak sebarang tindakan yang merendahkan kaum lain. Untuk menggalakkan interaksi antara kaum, Dong Zong telah menubuhkan jawatankuasa pembangunan kepelbagaian kaum dan budaya yang berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti interaksi bagi para pelajar antara aliran sekolah.

 

  1. Dong Jiao Zong bukan satu-satunya badan yang menolak pengajaran seni Khat di sekolah jenis kebangsaan, tetapi pandangan ini mewakili suara arus perdana dalam komuniti non-muslim di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Malah, bukan semua orang Melayu bersetuju dengan langkah ini. Sebagai contoh, Tan Sri Rafidah Aziz telah menyatakan bahawa seni khat harus dijadikan mata pelajaran elektif dan bukan wajib.

 

  1. Pengajaran seni khat ditolak lantaran kegagalan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan untuk mengambil pandangan masyarakat bukan Melayu – sama ada Dong Zong, Jiao Zong, Tamil Foundation ataupun MCCBCHST. Hakikatnya, seni khat selama ini diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bermula Tahun 4 untuk murid muslim yang telah mempelajari tulisan Jawi sejak Tahun 1. Apakah rasionalnya untuk mengajar seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, sehingga murid bukan muslim yang belum kenal tulisan Jawi pun perlu belajar seni kaligrafinya? Selain itu, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 1 hingga 6 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menetapkan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi dan seni khat. Maka, kerajaan seharusnya mengekalkan pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi dan seni khat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan bukannya dimasukkan ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

 

  1. Bantahan terhadap pengajaran seni khat atas kesangsian bahawa ia sebagai alat dakwah dan sebahagian daripada usaha Islamisasi ada asasnya. Motivasi agama ini dinyatakan jelas oleh, antara lain, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz, yang menyokong “usaha kerajaan untuk memperkenalkan tulisan Jawi dan seni khat” demi “meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap tulisan Jawi dan Bahasa Arab, serta memudahkan mereka untuk mempelajari Al-Quran serta memahaminya seterusnya beramal dengannya.”

 

Motivasi agama dalam peluasan tulisan khat juga jelas dapat dihayati dalam tulisan ilmiah seperti “Sumbangan Kaligrafi Arab dalam Kesenian Islam: Suata Kajian Sejarah” oleh Dr Mohd Bakhir Hj Abdullah.

 

  1. Komuniti non-muslim memahami kecintaan komuniti Muslim terhadap tulisan Jawi dan seni khat yang berteraskan keimanan. Kami menyokong hasrat mulia Yadim dan pihak lain untuk meningkatkan penguasaan tulisan Jawi untuk anak-anak Muslim sahaja dan menyaran agar seni khat terus diajar dalam Pendidikan Islam. Mengajar seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja membimbangkan ibu bapa bukan muslim di SJKC dan SJKT, tetapi juga ibu bapa bukan muslim di SK. Jika seni khat diajar secara wajib dengan motivasi dakwah, maka ini tidak menepati prinsip al-Quran yang mengajar bahawa tiada paksaan dalam Islam.

 

  1. Dong Jiao Zong menegaskan pendirian kami untuk mendukung sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dengan tulisan Rumi sebagai bentuk tulisan rasmi yang tunggal sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9, Akta Bahasa Kebangsaan yang berasaskan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan berbunyi: “Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.”

 

  1. Dong Jiao Zong juga menghargai tulisan Jawi sebagai warisan dan pembuka pintu kepada karya-karya bahasa Melayu sebelum tulisan Rumi menjadi popular. Dong Jiao Zong mengambil maklum dan menghormati usaha kerajaan dan masyarakat Melayu untuk memelihara tulisan Jawi. Akan tetapi, untuk tulisan diterima dan dipelajari oleh komuniti non-muslim, ia mesti boleh mengungkap makna dan perbincangan di luar bidang Islam, sepertimana bahasa Arab digunakan oleh orang Arab bukan muslim – seperti di Palestine, Lebanon, Syria dan Mesir – untuk semua tujuan tanpa batasan termasuk agama Kristian.

 

  1. Dong Jiao Zong menyeru YAB Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar pandangan semua pihak dalam polemik seni khat dan tidak menafikan pandangan non-muslim. Kerajaan Pakatan Harapan harus memastikan bahawa keputusan penting yang melibatkan kaum, bahasa, agama dan budaya dibuat hanya selepas libat-urus (engagement) yang merangkumi semua pemegang taruh. Dong Jiao Zong sedia menjelaskan pendirian kami dalam isu ini kepada YAB Perdana Menteri dan menyeru YB Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengambil langkah untuk membentuk badan konsultative yang merangkumi semua komuniti bahasa dan agama dalam Kementeriannya agar kontroversi seperti isu seni khat yang dapat dielakkan sebermulanya, tidak berulang di masa depan.

Memohon Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Membatalkan Pengajaran Khat dalam Subjek Bahasa Malaysia di SJKC dan SJK

Memohon Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Membatalkan Pengajaran Khat dalam Subjek Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT

Kenyataan Bersama Mesyuarat antara Dong Zong dengan

Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia

di Semua Negeri

10hb.Ogos.2019

Memohon Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Membatalkan Pengajaran Khat dalam Subjek Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT

 

(1) Kami ingin menyatakan bahawa, menurut hasil penyelidikan ahli akademik dan bukti dokumentasi, Khat sebenarnya ialah sejenis gaya tulisan yang digunakan untuk mengembang dan menyebarkan al-Quran dan ajaran agama Islam. Tindakan kerajaan untuk melaksanakan pembelajaran Khat di kalangan pelajar bukan muslim adalah sama sekali tidak dapat diterima oleh komuniti bukan Islam, bahkan ia melanggar Perkara 12 (3) Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, kami dengan tegasnya memohon kerajaan agar membatalkan pengajaran Khat di sekolah rendah jenis kebangsaan, dan mengekalkan hanya pengenalan kepada tulisan-tulisan pelbagai kaum, termasuk tulisan Jawi, Cina dan Tamil seperti yang sudah sedia ada dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5 SJKC dan SJKT sejak tahun 2015.

 

(2) Kami menegaskan bahawa, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem sekular dan harus mematuhi perundangan sekular dalam pentadbirannya. Ini bukan sahaja merupakan kontrak sosial semasa pengasasan negara Malaysia dan ia juga merupakan pemahaman tersirat sesama kaum. Ini merupakan asas penting untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat dan mengekalkan keharmonian masyarakat. Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menjamin kebebasan dalam kepercayaan agama dan tidak membenarkan paksaan terhadap sesiapa untuk menerima mana-mana ajaran atau doktrin agama.

 

(3) Dong Zong menghormati budaya berbilang bangsa, termasuk kaligrafi Jawi dan budaya Islam, dan juga berusaha dalam menjalinkan interaksi sesama kaum untuk memupuk pemahaman dan toleransi. Kami sokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menggalakkan interaksi kebudayaan antara kaum di sekolah-sekolah, termasuk integrasi nilai-nilai budaya berbilang bangsa di kurikulum dan aktiviti sekolah, supaya pelajar-pelajar memahami keistimewaan budaya pelbagai kaum. Namun, ini haruslah selaras dengan keadaan sebenar dalam sekolah vernakular dan tidak boleh mengubah ciri-ciri khusus yang sedia ada pada sekolah-sekolah vernakular.

 

(4) Kerajaan harus mengkikiskan pemikiran lama, mempamerkan keazaman untuk menjalankan reformasi dan mencapai pembaharuan, di samping mementingkan komunikasi dan penjelasan dasar-dasar dengan efektif,  bertindak dengan segera terhadap dasar-dasar yang lapuk agar seiring dengan perubahan masa, dan mengugurkan dasar pendidikan satu aliran. Kerajaan harus merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang relevan semasa mendraf sebarang dasar atau arahan yang berkenaan dengan isu-isu penting dan sensitif. Perundingan dan konsultasi harus dijalankan di semua peringkat termasuk peringkat perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Kerajaan harus memastikan komunikasi yang berkesan dengan rakyat, dan mempertimbangkan realiti  kepelbagaian kaum dan agama di negara majmuk ini supaya dapat mencari penyelesaian yang baik untuk mengelakkan penjejasan keyakinan serta kepercayaan antara berbilang bangsa dan juga isu-isu yang menimbulkan konflik masyarakat. Dengan ini, barulah pentadbiran dan pembangunan negara kita akan kembali ke landasan yang betul dan relevan.