fbpx

Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Malaysia Tahun 2020 – “Menyanjung Kepelbagaian”

Kenyataan Media Dong Zong

 

11 Ogos 2020

Pertandingan  Menulis Esei  Sempena Hari Malaysia Tahun 2020 –

“Menyanjung Kepelbagaian”

 

Abad ke-21 terutamanya di bawah arus globalisasi telah pun mengubahkan struktur masyarakat pada masa ini, di mana unsur kepelbagaian telah menjadi sebagai arus perdana dalam masyarakat. Sempena menyambut Hari Malaysia, Dong Zong telah menganjurkan pertandingan menulis esei bertemakan “Menyanjung Kepelbagaian” dengan kerjasama bersama media internet-Malaysiakini dan sokongan kewangan daripada Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Negeri Selangor –YB Ng Sze Han   

 

Kami berharap melalui pertandingan ini dapat menggalakkan khalayak ramai untuk berkongsi pengalaman sendiri mengenai keindahan sifat kepelbagaian kaum dan budaya dalam masyarakat  melalui tulisan esei yang bergambar untuk kita bersama-sama berdepan dan menghapuskan gejala rasisme dan xenofobia dalam negara pada masa ini.

 

Masa depan negara kita akan menjadi lebih cerah dengan penerimaan konsep kepelbagaian dalam masyarakat. Dong Zong sebagai sebuah pertubuhan pendidikan berasaskan komuniti selalu mengambil berat terhadap isu hak kesamarataan dalam masyarakat. Maka kami mengadakan pertandingan ini dengan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat demi mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan kemaslahatan sosial sempena Hari Malaysia.

 

Objektif pertandingan:

  1. Menyemai semangat kepelbagaian budaya dan memupuk sifat toleransi serta saling

    menghormati dalam masyarakat.

  1. Memelihara kepelbagaian kaum dan budaya dalam negara.

 

Tarikh tutup penyertaan pada 8 September 2020 (Selasa). Semua hasil penyertaan  hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup. Karya yang lewat tidak akan dipertimbangkan .

 

Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman sesawang Dong Zong iaitu (https://www.dongzong.my)atau  menghubungi pengawai esekutif Bahagian Hal Ehwal Organisasi, Encik Yap Heng Lung dengan nombor telefon: 03-87362337 (Ext: 301),Cik Cheng Guan Hui (Ext 299) atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Sekian terima kasih.

 

Lampiran: Poster  Pertandingan  Menulis Esei  Sempena Hari Malaysia Tahun 2020 –“Menyanjung Kepelbagaian”

 

Daripada,

Bahagaian Hal Ehwal Organisasi, Dong Zong