董总代表团在出席教育部2012年4月2日华小师资圆桌会议上发表的立场文件

董总代表团在出席教育部2012年4月2日华小师资圆桌会议上发表的立场文件


(1)2012年3月25日华小师资严重短缺抗议大会四项决议:

  1. 大会吁请教育部,马上调走今年新学年开学时被派到华小执教的不具华文资格教师,包括马来文和英文教师,并把从华小调走的具有华文资格的教师调回到华小服务。


  2. 大会吁请教育部为那些不是主修马来文或英文,但却已经在华小教导马来文或英文至少三年,而且具有华文资格的教师,举办教师在职特别培训课程,以让他们同时也具有教导马来文或英文科专业资格。


  3. 大会吁请教育部恢复以华语为主要教学媒介语的华小师资培训制度,设立师范课程华小组和制订妥善方案,来培训华小所需要的师资,必须把具备大马教育文凭(SPM)华文优等的资格列为申请条件,以符合华小以华语华文作为主要教学媒介语的需求。


  4. 大会吁请政府检讨教育法令,实施多元化教育政策,确保各源流学校地位平等,享有公平合理对待,保障各源流学校的生存和发展。


(2)董总针对上述四项决议作出下列说明:

  1. 董总要求教育部正视和尽快落实上述325抗议大会的四项决议。


  2. 董总要求教育部从政策和制度上,一劳永逸地根本解决华小师资短缺和不具华文资格教师问题,为华小培训足够、合格及具有华文资格的各科目教师和高职行政人员,并公布落实方案和时间表的路线图。


  3. 董总要求教育部落实325抗议大会第三项决议,必须确保无论是在教师教育学院(Institut Pendidikan Guru)和教师教育大学(Universiti Pendidikan Guru)的师资培训制度,必须设立以华语为主要教学媒介语的师范课程华小组,为华小培训和派遣所需要的高职行政人员和各科目教师,包括各语文和非语文科教师,必须把具备大马教育文凭(SPM)华文优等的资格列为师训申请条件。


  4. 董总要求教育部明文规定申请师范课程华小组的学员,包括申请华小组师训的华文独中统考文凭持有者,必须保留在华小组并在毕业后派到华小执教。


  5. 董总要求教育部也为那些不是主修非语文科(例如数学、科学等科目),但却已经在华小教导非语文科至少三年,而且具有华文资格的教师,举办教师在职特别培训课程,以让他们同时也具有教导非语文科专业资格。


  6. 董总要求教育部立即解决眼前的各项问题,包括:
    • 立即调走今年派到华小的不具华文资格教师包括马来文和英文教师,并委派足够、合格及具有华文资格教师填补空缺。
    • 立即发出指令给华小校长委任临教,实施一年制的临教聘约,全部临教的薪金和福利必须由政府承担。
    • 立即公布临教聘约内容。这是教育部副部长拿督魏家祥博士在2011年12月29日会议上所作出的承诺,而且表示临教在新聘约的待遇比过去的更好。


  7. 董总要求教育部公布各项教育资料和统计数据,包括:
    • 今年派到华小的不具华文资格教师人数及任教科目、职位和学校名单等资料。
    • 华小高职行政人员和各科目教师的需求、供应和短缺资料和统计数据。这包括教师人数、其专业科目和执教科目,临时教师,代课教师,师训课程,每年师训学员和毕业生人数及受训科目,退休和离职人数及其任教科目和职位等资料及统计数据。
    • 华小临教受训人数、师训课程和培训科目。


  8. 董总要求教育部恢复举办华小临教假期师训课程(Kursus Dalam Cuti,KDC),让面对不同情况的华小临教也有机会受训为华小合格教师。


  9. 教育部今年3月18日在报章刊登的教育学士学位师训课程(Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012)的招生广告中,没有招收华小华文科师训学员。董总要求教育部必须把招收华小华文科师训学员列入广告里。此外,教育部必须明文规定华小各类师训课程申请,必须包括华文科等各个科目的师资培训。


  10. 董总要求教育部必须为华小培训和委派足够、合格及具有华文资格的课业辅导、特殊教育和学前教育的师资。


  11. 董总要求政府检讨教育法令,实施多元化教育政策,确保各源流学校地位平等,享有公平合理对待,保障各源流学校的生存和发展。这包括:
    • 废除1996年教育法令绪论里的单元化教育政策和相关不利母语教育的法令条文。
    • 制度化拨款拨地增建华小,满足人民的需求和权利。
    • 制度化公平拨款给华小。
    • 彻底解决华小师资短缺和不具华文资格教师问题。

 


Pendirian Dong Zong yang dinyatakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Isu Kekurangan Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang diadakan pada 2 April 2012 di Kementerian Pelajaran Malaysia


(1)    RESOLUSI-RESOLUSI PERHIMPUNAN MEMBANTAH KEKURANGAN GURU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YANG DIADAKAN PADA 25 MAC 2012

 

  1. Perhimpunan ini menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menarik balik penempatan semua guru yang tidak berkelayakan Bahasa Cina termasuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditempatkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) pada awal sesi persekolahan tahun ini. Perhimpunan ini juga menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan semula guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) yang dipindahkan sebelum ini.


  2. Perhimpunan ini menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya mengadakan program latihan kerja khas untuk guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina yang telah mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) sekurang-kurangnya tiga tahun agar mereka memiliki kelayakan profesion mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.


  3. Perhimpunan ini menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya memulihkan sistem latihan perguruan yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), dan menubuhkan bahagian latihan perguruan yang khusus untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta mewujudkan satu pelan latihan perguruan yang lebih sempurna dengan menetapkan kepujian mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM untuk melahirkan guru-guru yang memenuhi keperluan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina).


  4. Perhimpunan ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula Akta Pendidikan dan melaksanakan dasar pendidikan pelbagai aliran sekolah dengan bahasa pengantar masing-masing untuk menjamin semua aliran sekolah yang sedia ada dengan memberi kedudukan sama rata dan layanan adil kepada setiap aliran sekolah.



(2)    Penerangan oleh Dong Zong Berkenaan Empat Resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Membantah Kekurang Guru di SJKC yang diadakan pada 25 Mac 2012 (Perhimpunan 325)


  1. Dong Zong menggesa Kementerian Pelajaran memberi perhatian utama dan melaksanakan keempat-empat resolusi Perhimpunan 325 dengan kadar segera.


  2. Dong Zong menggesa Kementerian Pelajaran menyelesaikan masalah kekurangan guru SJKC dari segi dasar dan sistem pendidikan agar masalah ini diselesaikan dari peringkat akar umbi untuk selama-lamanya. Kementerian Pelajaran mesti melatih dan menempatkan guru pentadbiran berjawatan tinggi dan guru mata pelajaran yang mencukupi, berkelayakan rasmi dan berkelayakan Bahasa Cina untuk keperluan SJKC, serta mengumumkan formula dan jadual waktu atau “roadmap” penyelesaian masalah tersebut.


  3. Dong Zong menggesa Kementerian Pelajaran melaksanakan Resolusi Ketiga Perhimpunan 325 dan mesti menubuhkan bahagian khusus yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama untuk latihan perguruan SJKC di Institusi Pendidikan Guru dan Universiti Pendidikan Guru. Selain itu, Kementerian Pelajaran mesti menetapkan kepujian mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM sebagai syarat permohohan latihan perguruan SJKC supaya melatih dan menempatkan guru pentadbiran berjawatan tinggi, guru mata pelajaran bahasa dan guru bukan mata pelajaran bahasa yang mencukupi, berkelayakan rasmi dan berkelayakan Bahasa Cina untuk keperluan SJKC.


  4. Dong Zong menggesa Kementerian Pelajaran menetapkan secara rasmi supaya guru-guru pelatih termasuk pemegang Sijil UEC (Unified Examination Certificate) Sekolah Menengah Persendirian Cina yang memohon latihan perguruan SJKC mestilah dikekalkan di dalam bahagian latihan perguruan SJKC dan ditempatkan ke SJKC selepas lulus dan tamat latihan perguruan.


  5. Dong Zong menggesa Kementerian Pelajaran juga mengadakan program latihan kerja khas untuk guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina yang telah mengajar mata pelajaran bukan bahasa (Contohnya, mata pelajaran Matematik, Sains dan sebagainya) di SJKC sekurang-kurangnya tiga tahun agar mereka memiliki kelayakan profesion mengajar mata pelajaran bukan bahasa.


  6. Dong Zong menggesa Kementerian Pelajaran menyelesaikan beberapa masalah dengan kadar segera. Ini termasuk:
    • Menarik balik dengan kadar segera penempatan semua guru yang tidak berkelayakan Bahasa Cina termasuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditempatkan ke SJKC pada awal sesi persekolahan tahun ini. Susulan itu, Kementerian Pelajaran mesti menempatkan guru-guru yang mencukupi, berkelayakan rasmi dan berkelayakan Bahasa Cina untuk mengisi kekosongan jawatan.
    • Mengeluarkan arahan dengan kadar segera kepada semua guru besar SJKC supaya melantik guru-guru sandaran untuk tempoh kontrak satu tahun. Selain itu, kerajaan mesti menanggung semua perbelanjaan gaji dan kebajikan guru-guru sandaran.
    • Mengumumkan isi kandungan kontrak guru sandaran dengan kadar segera. Ini merupakan satu janji yang diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Wee Ka Siong dalam satu mesyuarat pada 29 Disember 2011 dan berkata guru-guru sandaran menikmati layanan yang lebih baik dalam kontrak baru itu.


  7. Dong Zong menggesa Kementerian Pelajaran mengumumkan maklumat dan statistik pendidikan. Ini termasuk:
    • Bilangan guru tidak berkelayakan Bahasa Cina yang ditempatkan ke SJKC pada awal sesi persekolahan tahun ini, termasuk mata pelajaran yang diajar dan jawatan yang disandang oleh guru-guru tersebut serta senarai sekolah yang terlibat.
    • Maklumat dan bilangan keperluan, bekalan dan kekurangan guru pentadbiran berjawatan tinggi dan guru mata pelajaran di SJKC. Ini termasuk:
    i.    Bilangan guru berserta dengan kelayakan profesion dan mata pelajaran yang diajarnya.
    ii.    Guru sandaran dan guru ganti.
    iii.    Jenis dan maklumat kursus-kursus latihan perguruan SJKC.
    iv.    Bilangan pelatih dan tamatan perguruan SJKC setiap tahun bersertakan dengan maklumat kelayakan profesion mata pelajarannya.
    v.    Bilangan guru yang bersara dan berhenti khidmat setiap tahun bersertakan dengan maklumat mata pelajaran yang diajar atau jawatan yang disandangnya.
    • Bilangan guru sandaran SJKC yang diambil untuk latihan perguruan bersertakan maklumat jenis kursus latihan perguruan dan mata pelajaran latihan.

  8. Dong Zong menggesa Kementerian Pelajaran memulihkan Kursus Dalam Cuti (KDC) supaya guru-guru sandaran SJKC yang menghadapi keadaan yang berbeza berpeluang dilatih menjadi guru SJKC secara rasmi.

  9. Iklan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran pada 18 Mac tahun ini di akhbar tempatan tidak mempunyai ambilan guru pelatih mata pelajaran Bahasa Cina SJKC. Oleh itu, Dong Zong menggesa Kementerian Pelajaran mesti menyenaraikan ambilan guru pelatih mata pelajaran Bahasa Cina SJKC dan menetapkan secara rasmi kursus-kursus latihan perguruan SJKC mesti meliputi ambilan guru pelatih mata pelajaran Bahasa Cina dan mata-mata pelajaran lain.

  10. Dong Zong menggesa Kementerian Pelajaran mesti melatih dan menempatkan guru-guru pemulihan, pendidikan khas dan pendidikan prasekolah yang mencukupi, berkelayakan rasmi dan berkelayakan Bahasa Cina untuk keperluan SJKC.

  11. Dong Zong menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Pendidikan dan melaksanakan dasar pendidikan pelbagai aliran sekolah untuk menjamin semua aliran sekolah yang sedia ada dengan memberi kedudukan sama rata dan layanan adil kepada setiap aliran sekolah. Ini termasuk:
    • Memansuhkan dasar satu aliran sekolah dan peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996.
    • Membina SJKC baru secara bersistem bersertakan peruntukan wang dan tanah untuk pembinaan sekolah untuk memenuhi keperluan dan hak rakyat.
    • Memberi peruntukan wang secara adil.
    • Menyelesaikan masalah kekurangan guru dan guru tidak berkelayakan Bahasa Cina di SJKC.

Please publish modules in offcanvas position.