董总与教总联合文告:教部政令仓促欠周延规划 声援活动应突显和平反战

董总与教总联合文告
2023年10月27日

教部政令仓促欠周延规划
声援活动应突显和平反战

 

教育部日前下令其辖下各级学校,从今年10月29日至11月3日举行“声援巴勒斯坦周”(Minggu Solidariti Palestin),宣称此乃我国政府捍卫巴国人民权利,体现支持全球和平稳定的人道立场。董教总认为,上述活动口号应改以“反对战争、维护和平”的普世价值,内容着重于巴以问题,提倡相互包容、彼此尊重,用和平方式解决争端;如此则将可平息当前仓促推行所产生的争议,且又能扣合当局发动此项活动的宗旨。

教育部较早前在10月21日指示各州教育局举办声援巴勒斯坦活动,接着在10月26日发函补充,重申活动宗旨,强调让学生认识国际冲突与人道危机之必要。我们要提醒的是,和平与自由作为人类文明的普世价值,而倡导尊重生命,维护人权、关怀弱势、坚守公义,乃至联合国永续发展目标(SDGs)等理念和价值,都必须从基础教育做起,透过课程规划、师资配置和制度设计从小扎根、循序渐进将相关议题融入教学,无法揠苗助长、一蹴而及。

显然地,教育部并未记取过去屡屡犯下的前车之鉴,一再忽视我国教育体系多元共生的生态事实,草率地以一纸政令倡导却语焉不详,“声援巴勒斯坦周”招致非议乃意料中事,加上仓促推行,益显思虑不周、欠缺周延规划的准备。此外,涉及的小学、中学、技职学院、大学预科班学院、师训学院等不同级别学校,学生年龄心智不同,是否包括小学学前班?届时活动内容和题材是否一体适用毫无差别?又如何避免执行偏差?还有,这仅限于教育部所辖的各级学校,若是立意良善的活动,何以未扩及高教部辖下的大专学府?这不啻证明这两个教育部门未经协调,政策也不同步。因此,若这般贸然为之,唯恐事倍功半,虚掷资源之余,又难以达致预期效果。

冷战虽已落幕,惟其根源尚未全部消除,各国之间往往著眼于不同利益,因而国际武装冲突未能停止。近二三十年来,无论发生波斯湾战争、科索沃战争、阿富汗战争、伊拉克战争,甚至尚未停火的俄乌战争,我国教育部未曾下令在校园内倡导类似反战讯息。倘若政府有意长期推动反战教育,就必须有长远规划与相应配套,在各级学校提倡人权、和平、法治等理念,并且修改大专法令。唯有如此,才能打开莘莘学子的国际视野,用人权人道的高度来看待巴以冲突、缅甸罗兴亚人困境等人权议题,培育出更多关心人权且愿意为之发声的国家未来主人翁。

此外,我国已在2021年修法,年满18岁者即可实行公民权利参与投票。教育部于2019已在中小学的国文、英文、道德与历史课程里,融入公民教育内容。有鉴于此,用开放心态和独立思考,来理解公民权益与国家体制,看待包括巴以问题在内的各种国内外议题,理应是学校教育必须勉力而为。

有鉴于此,我们呼吁教育部务必聆听公民社会的意见,要以有组织、有计划、有步骤的审慎态度,周详规划出周延、前瞻且可行的活动内容,藉此突出宣传反战与和平理念。


 

Kenyataan Dong Zong dan Jiao Zong
27 Oktober 2023

Arahan KPM Terlalu Tergesa-gesa dan Tiada Perancangan Rapi
Aktiviti Solidariti Hendaklah Menonjolkan Keamanan dan Anti Perang

 

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua institusi pendidikan bawah KPM melaksanakan Minggu Solidariti Palestin yang bermula pada 29 Oktober hingga 3 November 2023 bagi menyahut pendirian kerajaan untuk mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin dan menyokong nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) berpendapat tema aktiviti tersebut harus diubah kepada “Membantah Peperangan, Memelihara Keamanan” yang mencerminkan nilai-nilai sejagat manakala kandungannya berfokus kepada isu Palestin-Israel, memupuk sikap toleransi bersama, saling menghormati dan menyelesaikan pertikaian secara aman. Ini akan dapat meredakan kontroversi yang ditimbulkan oleh pelaksanaan yang tergesa-gesa dan selaras dengan tujuan pihak berkuasa melancarkan aktiviti tersebut.

Pada 21 Oktober ini, KPM mengarahkan setiap jabatan pendidikan negeri menggerakkan Minggu Solidariti Palestin. Seterusnya, pada 26 Oktober pula KPM mengeluarkan kenyataan media untuk mengulangi tujuan aktiviti tersebut supaya dapat memberi pencerahan kepada murid-murid tentang konflik antarabangsa dan krisis kemanusiaan. Kami ingin mengingatkan bahawa keamanan dan kebebasan merupakan nilai-nilai sejagat dalam tamadun manusia manakala menghormati nyawa, memelihara hak asasi manusia, menjaga golongan yang kurang bernasib baik dan menegakkan keadilan merupakan konsep dan nilai yang terkandung dalam Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pemupukan konsep dan nilai tersebut hendaklah dimulakan dari peringkat pendidikan asas. Ia boleh dilakukan melalui perancangan kurikulum, penyediaan guru dan rekabentuk sistem untuk mengintegrasikan isu-isu berkaitan ke dalam pengajaran dan pembelajaran dan ini tidak dapat direalisasikan semalaman sahaja.

Jelasnya, KPM masih belum belajar daripada kesilapan yang berulang kali berlaku sebelum ini dan sekali lagi mengabaikan fakta-fakta kewujudan pelbagai jenis sekolah dalam ekologi sistem pendidikan negara kita dengan mengeluarkan surat arahan secara tergesa-gesa tanpa memberi penerangan yang jelas. Maka tidak hairanlah Minggu Solidariti Palestin menimbulakan kontraversi. Pelaksanaan yang tergesa-gesa itu menunjukkan berlakunya pemikiran yang tidak teliti dan kekurangan persediaan untuk membuat perancangan yang menyeluruh. Selain itu, Minggu Solidariti Palestin melibatkan sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara, dan para murid/pelajar mereka berbeza dari segi umur dan tahap pemikiran. Adakah murid-murid kelas prasekolah turut terlibat? Adakah kandungan dan tema aktiviti sama sahaja untuk semua murid/pelajar? Bagaimanakah mengelakkan pelaksanaan yang menyeleweng? Selain itu, aktiviti itu hanya dihadkan kepada semua peringkat institusi pendidikan di bawah bidang kuasa KPM. Jika ia adalah aktiviti yang berniat baik, mengapakah ia tidak diperluaskan ke kolej dan universiti di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi?

Perang Dingin sudah berakhir tetapi punca akar umbirnya masih belum selesai. Negara-negara yang berlainan sering mengutamakan kepentingan sendiri yang berbeza-beza dan ini menyebabkan konflik bersenjata antarabangsa tidak berhenti. Dalam 20 hingga 30 tahun yang lalu, tidak kira Perang Teluk Persia, Perang Kosovo, Perang Afghanistan, Perang Iraq ataupun Perang Rusia-Ukraine yang masih belum berhenti, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah mengarahkan promosi mesej anti perang yang seumpama itu di institusi-institusi pendidikan. Sekiranya kerajaan kita berhasrat untuk mempromosikan pendidikan anti perang dalam jangka panjang, ia hendaklah mempunyai rancangan jangka panjang dan kemudahan sokongan yang sepadan untuk mempromosikan konsep dan nilai sejagat seperti hak asasi manusia, keamanan dan kedaulatan undang-undang di semua peringkat institusi pendidikan, dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti. Dengan cara ini, kita dapat membuka minda para murid/pelajar tentang hal ehwal antarabangsa dan melihat konflik Palestin-Israel dan nasib orang Rohingya di Myanmar dari perspektif hak asasi manusia dan kemanusiaan supaya dapat memupuk lebih ramai anak muda yang prihatin dan boleh bersuara dalam perkara tersebut.

Selain itu, negara kita telah meminda undang-undang pada tahun 2021 untuk membolehkan rakyat yang berusia 18 tahun melaksanakan hak sivil untuk mengundi. Pada tahun 2019, KPM mengintegrasikan kandungan pendidikan sivil ke dalam kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan Sejarah. Sehubungan itu, pendidikan di sekolah hendaklah berusaha menggunakan minda terbuka dan pemikiran yang merdeka dalam melihat dan memahami hak rakyat, sistem negara dan pelbagai isu dalam dan luar negara, termasuk isu Palestin-Israel.

Oleh itu, kami menyeru KPM mendengar pendapat masyarakat sivil dan mengguna pendekatan yang tersusun, terancang dan berlangkah demi langkah untuk merancang dengan teliti kandungan aktiviti yang menyeluruh, berpandangan jauh dan boleh dilaksanakan agar dapat mempromosi keamanan dan anti perang.


 

Joint Statement Released by Dong Zong and Jiao Zong
October 27, 2023

"The Ministry of Education's directive is hasty and lacks comprehensive planning"
Support activities should emphasize peace and anti-war

 

The Ministry of Education recently ordered its subordinate schools to hold "Solidarity with Palestine Week" (Minggu Solidariti Palestin) from 29 October to 3 November this year, declaring that this is to defend the rights of the Palestinian people and reflect the government's humanitarian stance in support of global peace and stability. Dong Jiao Zong believes that the slogan of the above activities should be changed to "oppose war, maintain peace" universal values, with a focus on the Palestinian issue, advocating mutual tolerance, mutual respect, and peaceful resolution of conflicts; this will help alleviate the controversy generated by the hasty implementation of the current activities and also align with the purpose of launching this activity by the authorities.

The Ministry of Education had earlier instructed state education offices on 21 October to organize activities in support of Palestine, and then on 26October sent a letter to reiterate the purpose of the activities, emphasizing the need for students to understand international conflicts and humanitarian crises. We must remind that peace and freedom as universal values of human civilization, as well as the advocacy of respecting life, safeguarding human rights, caring for the disadvantaged, upholding justice, and even the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), must start with basic education, gradually integrating relevant issues into teaching through curriculum planning, teacher allocation, and institutional design.

It is evident that the Ministry of Education has not learned from past mistakes and has repeatedly overlooked the diverse ecosystem of our country's education system. The hurried promotion of "Solidarity with Palestine Week" has unsurprisingly sparked controversy, further highlighting the inadequacy of the preparation and lack of comprehensive planning. In addition, different levels of schools are involved, such as primary schools, secondary schools, technical colleges, and pre-university colleges, and teacher training colleges, with students of different ages and intellectual abilities. Does this include preschool classes in primary schools? Will the content and themes of the activities be applied uniformly without any difference? How can implementation deviations be avoided? Moreover, this is only limited to schools under the Ministry of Education's jurisdiction. If this is intended as a goodwill activity, why has it not been extended to higher education institutions under the Ministry of Higher Education? This only proves that these two education ministries have not coordinated, and their policies are not synchronized. Therefore, if done in this hasty manner, it is feared that it will be a waste of resources, and it will be difficult to achieve the expected results.

Although the Cold War has ended, its root causes have not been completely eliminated, and international armed conflicts have not stopped because different countries often focus on different interests. In the past two or three decades, whether it was the Gulf War, the Kosovo War, the Afghanistan War, the Iraq War, or even the ongoing Russia-Ukraine conflict that has not ceased, the Ministry of Education in our country has never ordered the promotion of similar anti-war messages on campuses. If the government intends to promote anti-war education in the long term, it must have long-term planning and corresponding measures, promote human rights, peace, the rule of law, and other concepts and values at various levels of schools, and even amend higher education laws. Only in this way can students broaden their international perspectives, view issues such as the Israeli-Palestinian conflict and the plight of the Rohingya in Myanmar from a human rights and humanitarian standpoint, and cultivate more future leaders who care about human rights and are willing to speak up for them.

In addition, Malaysia has amended its laws in 2021, allowing those who are 18 years old to exercise their rights as citizens to participate in voting. The Ministry of Education had already incorporated civic education content into the national language, English, ethics, and history curriculum in primary and secondary schools in 2019. In light of this, using an open-minded and independent thinking approach to understand citizens' rights and the national system, and to view various domestic and international issues, including the Israeli-Palestinian issue, should be an essential part of school education.

In view of the above, we urge the Ministry of Education to listen to the opinions of civil society. With an organized, planned, and step-by-step cautious approach, a comprehensive, forward-looking, and feasible activity content should be carefully planned to highlight the promotion of anti-war and peace concepts.

DISCLAIMER:This translation was generated by artificial intelligence. While efforts have been made to ensure the quality and reliability, it may still contain errors or inaccuracies, kindly refer to Chinese version of the official statement.

Please publish modules in offcanvas position.