董总与教总联合文告:华小师资不足的问题

董总与教总联合文告
2023年11月16日
 
  1. 针对教育部长法丽娜表示,教育部已在今年启动“华淡小教师重新标签”计划,并指出华小华文老师过剩540人,因此在未来5年内,即2024年至2029年没有培训华文教师的需要,董总和教总(董教总)深表惊讶,认为教育部长的谈话不可思议,不但有失专业,更是不负责任,势必加剧华小师资不足的问题。


  2. 根据教育部早前发表的数据,华小目前还缺乏1300位老师。此外,华小平均每一年大约会有500到600位老师退休或离职。因此,若以每年500位老师卸下教职来计算,从2024年到2029年,保守估计华小将缺乏约3000位老师,再加上目前的1300位,一共是4300人,这当中肯定有很大部分是华文老师。试问教育部是否有培训足够的新老师来填补这些职位,包括华文老师的职位?根据教育部师范学院目前正在培训的华小华文师资,从2024年至2028年毕业的学员只有  252人,这绝对是不足以填补接下来几年华文师资的空缺。有鉴于此,董教总强烈要求教育部必须每年都为华小培训一定数量的华文老师,以确保华小有足够的华文师资。

    目前师范学院主修华文的华小组学员人数
    202311116 01

  3.  在目前小学师资培训的机制下,培训一位老师需要5年的时间,这也就是说2024年招收学员进入师范学院受训,要在2029年才会毕业,然后被派到学校执教。有鉴于此,教育部从2024年至2029年不再培训华小华文老师,这意味着从2029年至2034年都不会有新的华文老师。届时,华小华文老师的空缺肯定就非常严重了,因为从2029年至2034年的每一年也是会有约500位老师退休或离职,而出现许多空缺,这还没有计算因为学校增加、班级增加和学生增加而导致老师也必须增加的情况。所以,实际的情况是华小需要更多的老师,这是教育部长必须清楚了解的。


  4.  董教总表示,教育部在计算小学老师的需求时把各科老师分开统计,即把华文老师定为只是教华文科的老师,至于教导其他科目如数学、科学、历史、体育、美术等科目的老师,则归为有关科目的老师。教育部这个做法完全忽视了教育部在过去数十年来培训华小师资的模式,即以培训主修华文科的华小老师为主,这使到被派到华小执教的华文老师除了教导华文科,同时也必须负责教导数学、科学、美术和音乐等其他以华文作为教学媒介的科目。因此,教育部以上述方式来计算,并指华文老师过剩的现象,根本无法如实反映华小实际的师资需求情况。

  5.  董教总表示,教育部师资计算系统出现华小华文老师过剩的假象存在已久,并对华小的师资安排和培训等相关事宜造成负面影响。董教总多次向教育部提出有关问题,并要求教育部解决,而且也提出了许多解决方案,包括建议教育部在培训华小老师时,必须以华文作为主修课,而其他非语文科目包括数学、科学、美术、体育和音乐等则作为副修科目或双主修的模式,以确保被派到华小的老师都能够教导所有以华文作为媒介语的科目,而且学校在安排老师教学的工作上更为顺畅。但教育部始终没有接纳此项建议,这也导致十多年来,华小华文师资的计算方式没有获得纠正,教育部一再重述华小华文老师过剩,但却没有正视问题的根本原因,没有对症下药解决华小的师资问题。

  6.  董教总表示,教育部最近所进行的重新标签教师工作把华小华文科老师过剩2000多人减少至500多人,这证明教育部一直以来在华小师资的计算方面出现了严重的失误。不过,虽然这次的华小师资重新标签有助于厘清数据上的错误,但基于华小华文老师统计的问题相当复杂,而且行之有年,所以还是会存在一些问题无法妥善处理。因此有关500多位华文老师过剩的数据,其实也无法如实反映华小的实际情况,因为这些老师实际上还是在教着华文及其他科目。因此,教育部有必要对此再进行更加详细的计算和研究,寻求最妥善的方案。事实上,鉴于华小的特殊情况,教育部应该以一个班级一个华文老师来计算华小应该要有的华文老师数量,这样才比较符合华小的实际需求,因为华文科的节数较多,所以华文老师一般上都必须兼任班导师,以方便班务的处理。目前教育部的处理方式是平均两班到三班才会分配1位华文老师的做法,根本就无法符合华小的实际需求。这是教育部必须慎重考虑和采取的方案,以便能够一劳永逸解决这个问题。唯有做出根本的改变,才能够有效解决华小师资标签的问题,并确保不会出现华文老师过剩的假象。

  7.  近来发生的多起事件,让大家明显看到教育部长对华小的情况非常不了解,因此董教总希望能够和教育部长直接会面交流华小的课题,让教育部长清楚了解华小的实际情况,彻底解决华小师资及其他种种相关的问题。董教总表示,早在教育部长刚上任时,就于2022年12月22日致函要求和教育部长见面交流,但却没有得到部长任何回应。2023年6月20日,教总主席谢立意出席一项由教育部长主持闭幕的活动时,也亲自向部长提出见面的要求,部长当时指示其助理进一步安排,但也同样没有下文。董教总最近也于2023年10月25日再次致函教育部长要求见面交流,但至今都没有接获部长的回应。对于教育部长对董教总的见面要求一直回避,而且也没有任何下文,董教总深表不满,并公开要求教育部长和董教总见面交流,以解决各项华教课题。




Kenyatan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
16 November 2023

 

YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Penandaan Opsyen Mata Pelajaran Guru dan mendapati wujud lebihan 540 orang guru Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangasaan Cina (SJKC), dan oleh itu tidak perlu melatih guru Bahasa Cina dalam lima tahun akan datang. Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) amat terkejut dengan kenyataan tersebut. Kami berpendapat kenyataan Menteri Pendidikan yang sebegitu adalah sukar dipercayai, tidak profesional dan tidak bertanggungjawab kerana ini tentunya akan memburukkan lagi masalah kekurangan guru di SJKC.

Menurut data yang diumunkan oleh KPM sebelum ini, SJKC masih kekurangan sebanyak 1,300 orang guru. Selain itu, secara puratanya terdapat kira-kira 500 hingga 600 orang guru di SJKC bersara atau berhenti setiap tahun. Oleh itu, dengan mengambil kira 500 orang guru meninggalkan perkhidmatan perguruan setiap tahun, secara konservatifnya dianggarkan SJKC akan kekurangan kira-kira 3,000 orang guru dari tahun 2024 hingga 2029. Ditambah pula dengan kekurangan 1,300 orang guru pada masa ini, menjadikannya kekurangan sejumlah 4,300 orang guru, dan sebahagian besar daripadanya ialah guru Bahasa Cina. Adakah KPM melatih guru baharu yang mencukupi untuk mengisi jawatan kosong tersebut, termasuk jawatan guru Bahasa Cina? Menurut data daripada Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan, hanya sejumlah 252 orang guru pelatih Bahasa Cina akan tamat pengajian dari tahun 2024 hingga 2028. Ini pastinya tidak mencukupi untuk mengisi jawatan kosong bagi guru Bahasa Cina dalam beberapa tahun akan datang. Sehubungan itu, Dong Jiao Zong menggesa KPM mengambil sejumlah guru pelatih Bahasa Cina SJKC setiap tahun bagi memastikan SJKC mempunyai guru Bahasa Cina yang mencukupi.

Sistem latihan perguruan sekolah rendah yang sedia ada mengambil masa 5 tahun untuk melatih seorang guru. Ini bermakna guru pelatih yang diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru pada tahun 2024 akan tamat pengajian pada tahun 2029 dan kemudiannya ditempatkan di sekolah untuk mengajar. Jika KPM tidak mengambil guru pelatih Bahasa Cina SJKC dari tahun 2024 hingga 2029, ini bermakna tidak ada lagi guru Bahasa Cina yang baharu dari tahun 2029 hingga 2034. Pada masa itu, kekurangan guru Bahasa Cina SJKC pastinya menjadi lebih serius lagi kerana kira-kira 500 orang guru akan bersara atau berhenti setiap tahun dari tahun 2029 hingga 2034. Ini belum mengambil kira lagi pertambahan sekolah, murid dan kelas yang akan menyebabkan bilangan guru juga perlu bertambah. Oleh itu, keadaan sebenarnya ialah SJKC memerlukan lebih banyak guru, dan ini adalah perkara yang mesti jelas difahami oleh Menteri Pendidikan.

Dalam hal pengiraan keperluan guru sekolah rendah, KPM menjalankan pengiraan bilangan guru secara berasingan mengikut setiap mata pelajaran, iaitu guru Bahasa Cina diklasifikasikan sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Cina, manakala guru yang mengajar mata pelajaran lain seperti matematik, sains, sejarah, jasmani dan seni diklasifikasikan sebagai guru mata pelajaran tersebut. Pendekatan berasingan yang digunakan oleh KPM itu telah mengabaikan model latihan guru SJKC yang telah diamalkan selama beberapa dekad yang lalu, iaitu melatih guru SJKC yang mengambil kursus major dalam mata pelajaran Bahasa Cina dan kursus minor dalam mata pelajaran lain. Apabila guru-guru Bahasa Cina tersebut ditempatkan untuk mengajar di SJKC, mereka bukan sahaja mengajar mata pelajaran Bahasa Cina sahaja, tetapi juga bertanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran lain yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, seperti mata pelajaran matematik, sains, seni dan muzik. Oleh itu, Kementerian Pendidikan menggunakan pendekatan berasingan dalam pengiraan bilangan guru mengikut mata pelajaran dan menyatakan terdapat lebihan guru Bahasa Cina di SJKC adalah langsung tidak dapat mencerminkan dengan tepat keperluan guru SJKC yang sebenarnya.

Dong Jiao Zong berkata, sistem pengiraan bilangan guru yang digunakan oleh KPM itu telah mewujudkan satu gambaran palsu yang berlarutan sehingga kini, iaitu kononya terdapat lebihan guru Bahasa Cina di SJKC. Ini telah memberi kesan negatif terhadap urusan-urusan berkaitan seperti perjawatan dan tugas guru serta latihan guru SJKC. Kami telah berulang kali membangkitkan isu berkaitan kepada KPM dan meminta penyelesaian. Kami juga telah mengemukakan beberapa kaedah penyelesaian, termasuk mencadangkan KPM agar dalam latihan perguruan SJKC, hendaklah mewajibkan guru pelatih SJKC mengambil mata pelajaran Bahasa Cina sebagai kursus major, manakala mata pelajaran bukan bahasa seperti matematik, sains, seni, jasmani atau muzik sebagai kursus minor, iaitu pengkhususan major-minor, ataupun mengambil pengkhususan dwimajor. Ini bagi memastikan guru yang ditempatkan di SJKC dapat mengajar semua mata pelajaran yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, dan memudahkan pihak sekolah mengatur tugas pengajaran guru dengan lancarnya. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan tidak menerima cadangan tersebut. Ini mengakibatkan kaedah pengiraan bilangan guru Bahasa Cina di SJKC yang berlarutan selama lebih sedekad tersebut masih tidak dapat diperbetulkan. KPM masih berulang kali menyatakan terdapat lebihan guru Bahasa Cina di SJKC, tetapi tidak memandang serius terhadap punca masalahnya dan tidak mengambil langkah sewajarnya untuk menyelesaikan masalah kekurang guru di SJKC.

Dong Jiao Zong berkata, penandaan opsyen mata pelajaran guru (retagging) yang dijalankan oleh KPM baru-baru ini telah menurunkan angka lebihan guru Bahasa Cina daripada kira-kira 2000 orang kepada kira-kira 500 orang. Ini membuktikan bahawa KPM selama ini telah membuat kesilapan serius dalam pengiraan bilangan guru SJKC. Walaupun penandaan opsyen mata pelajaran guru SJKC kali ini membantu menerangkan kesilapan yang ada dalam data pengiraan, tetapi memandangkan pengiraan bilangan guru Bahasa Cina amatlah rumit dan telah lama wujud, maka masih wujud beberapa masalah yang masih tidak diselesaikan dengan sempurna. Oleh itu, data bagi lebihan 500 orang guru Bahasa Cina itu sebenarnya tidak mencerminkan keadaan sebenar di SJKC, kerana guru-guru itu sebenarnya masih mengajar mata pelajaran Bahasa Cina dan mata pelajaran lain. Oleh itu, KPM perlu membuat pengiraan dan penyelidikan yang lebih terperinci untuk mencari penyelesaian terbaik. Memandangkan keadaan khas di SJKC, maka KPM sepatutnya menggunakan pengiraan satu kelas satu guru Bahasa Cina untuk mengira jumlah guru Bahasa Cina yang sepatutnya ada di SJKC. Pendekatan ini lebih sesuai dengan keperluan sebenar SJKC kerana mata pelajaran Bahasa Cina mempunyai lebih banyak waktu, dan guru Bahasa Cina biasanya menjadi guru kelas untuk memudahkan urusan pentadbiran kelas. Pendekatan KPM ketika ini adalah memperuntukkan seorang guru Bahasa Cina untuk setiap dua hingga tiga kelas, ini sama sekali tidak sesuai dengan keperluan sebenar di SJKC. Cadangan kami ini ialah penyelesaian yang perlu dipertimbangkan dan diambil oleh KPM dengan teliti supaya dapat menyelesaikan masalah ini untuk selama-lamanya. Hanya dengan membuat perubahan yang fundamental, barulah dapat menyelesaikan masalah dalam penandaan opsyen mata pelajaran guru SJK dengan berkesannya, dan tidak timbul lagi gambaran palsu tentang lebihan guru Bahasa Cina di SJKC.

Beberapa peristiwa yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa Menteri Pendidikan tidak begitu memahami keadaan SJKC. Oleh itu, Dong Jiao Zong berharap dapat bertemu dengan Menteri Pendidikan untuk membincangkan isu-isu SJKC supaya Menteri Pendidikan dapat memahami keadaan sebenar SJKC dan menyelesaikan masalah kekurangan guru dan masalah lain yang berkaitan di SJKC. Dong Jiao Zong berkata, sejak Menteri Pendidikan dilantik dan bertugas, pihaknya telah menulis surat kepada Menteri Pendidikan pada 22 Disember 2022 untuk meminta pertemuan tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas. Semasa menghadiri satu majlis penutupan yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan pada 20 Jun 2023, pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Encik Cheah Lek Aee telah meminta pertemuan dengan Menteri Pendidikan. Pada masa itu, Menteri Pendidikan mengarahkan pembantunya untuk mengatur pertemuan, tetapi sama juga tiada tindakan susulan. Dong Jiao Zong juga menulis surat kepada Menteri Pendidikan pada 25 Oktober 2023 untuk meminta pertemuan kedua-dua pihak, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga hari ini. Dong Jiao Zong amat tidak berpuas hati dengan kejadian sedemikian. Oleh itu, kami secara terbuka meminta Menteri Pendidikan bertemu dengan kami untuk membincangkan penyelesaian isu-isu pendidikan Cina.

 


 

Joint Statement Released by Dong Zong and Jiao Zong
November 16, 2023

 

1. In response to the statement by the Minister of Education, Fadhlina, stating that the Ministry of Education has initiated the 'retagging of Chinese Primary School Teachers' program this year and highlighting an excess of 540 Chinese language teachers in Chinese primary schools, Dong Zong and Jiao Zong (Dong Jiao Zong) express deep astonishment. They find the Minister's remarks incredulous, deeming them not only unprofessional but also irresponsible. They believe that such statements are likely to exacerbate the issue of insufficient teaching staff in Chinese primary schools. Furthermore, Dong Zong and Jiao Zong question the need for the 'Retagging' program and disagree with the assertion that there will be no demand for training Chinese language teachers in the next five years, from 2024 to 2029.

2. According to data released by the Ministry of Education earlier, Chinese primary schools are currently facing a shortage of 1,300 teachers. Additionally, an average of 500 to 600 teachers retire or resign from Chinese primary schools each year. Therefore, if we calculate based on an annual reduction of 500 teachers, conservatively estimating from 2024 to 2029, Chinese primary schools are expected to face a shortage of approximately 3,000 teachers. Adding the current shortage of 1,300 teachers, the total would be 4,300 individuals, with a significant portion being Chinese language teachers.

3. Under the current primary school teacher training mechanism, it takes 5 years to train a teacher. This means that if students are recruited into teacher training institutes in 2024, they will graduate in 2029 and then be deployed to schools for teaching. In light of this, the Ministry of Education has decided not to train new Chinese language teachers for Chinese primary schools from 2024 to 2029. This implies that there will be no new Chinese language teachers from 2029 to 2034. By then, the shortage of Chinese language teachers in Chinese primary schools will be severe because each year from 2029 to 2034, approximately 500 teachers are expected to retire or resign, leading to numerous vacancies. This calculation does not even account for the increase in teachers required due to school, class, and student population growth. Therefore, the actual situation is that Chinese primary schools will need more teachers, a fact that the Minister of Education must be clearly aware of.

4. Dong Jiao Zong has stated that the Ministry of Education, in calculating the demand for primary school teachers, separates teachers for each subject. Specifically, Chinese language teachers are categorized solely as teachers for the Chinese language subject. Teachers who instruct other subjects such as mathematics, science, history, physical education, art, and others are classified under their respective subjects. This approach by the Ministry of Education completely disregards the training model for Chinese primary school teachers over the past few decades, which primarily focuses on training teachers specializing in the Chinese language subject.This oversight fails to acknowledge that Chinese language teachers deployed to Chinese primary schools are not only responsible for teaching the Chinese language but also for instructing other subjects such as mathematics, science, art, and music, all of which use Chinese as the medium of instruction. Therefore, the Ministry of Education's method of calculation, highlighting an excess of Chinese language teachers, does not accurately reflect the actual staffing needs of Chinese primary schools.

5. Dong Jiao Zong asserts that the illusion of an excess of Chinese language teachers in Chinese primary schools has persisted in the Ministry of Education's teacher resource calculation system for a long time. This has adversely affected staffing arrangements and training for Chinese primary schools. Dong Jiao Zong has raised these concerns with the Ministry of Education on multiple occasions, urging them to address the issue. Furthermore, they have proposed various solutions, including suggesting that the Ministry of Education should prioritize Chinese language as the main subject in the training of Chinese primary school teachers. Other non-language subjects such as mathematics, science, art, physical education, and music could be considered as secondary majors or dual majors. This approach ensures that teachers deployed to Chinese primary schools can instruct all subjects using Chinese as the medium of instruction, creating a smoother workflow in teaching assignments. Despite multiple submissions of these proposals, the Ministry of Education has not accepted them. This has resulted in over a decade of miscalculated Chinese language teacher resources in Chinese primary schools. The Ministry of Education consistently emphasizes the surplus of Chinese language teachers in Chinese primary schools without addressing the fundamental reasons behind the issue. There has been a failure to prescribe effective remedies to resolve the staffing problems in Chinese primary schools.

6. Dong Jiao Zong states that the recent teacher re-labeling initiative by the Ministry of Education has reduced the surplus of Chinese language teachers in Chinese primary schools from over 2,000 to just over 500. This indicates a serious miscalculation by the Ministry of Education in the calculation of teacher resources for Chinese primary schools over the years. While the recent re-labeling of Chinese primary school teachers helps rectify data errors, the complexities and long-standing issues in the statistical tracking of Chinese language teachers in Chinese primary schools may still result in some inaccuracies. Therefore, the data indicating a surplus of over 500 Chinese language teachers may not accurately reflect the actual situation in Chinese primary schools because these teachers are, in fact, teaching Chinese as well as other subjects. For a more accurate assessment, the Ministry of Education should conduct a more detailed calculation and research, considering the unique circumstances of Chinese primary schools. Given the special circumstances of Chinese primary schools, it would be more appropriate for the Ministry of Education to calculate the required number of Chinese language teachers based on one teacher per class. This is because Chinese language subjects often have more class hours, and Chinese language teachers typically also serve as class advisers to facilitate class-related responsibilities. The current practice of allocating one Chinese language teacher for an average of two to three classes does not align with the actual needs of Chinese primary schools. The Ministry of Education needs to carefully consider and adopt a more suitable approach to address this issue comprehensively. Fundamental changes are necessary to effectively resolve the problem of teacher resource labeling in Chinese primary schools and ensure the elimination of the illusion of a surplus of Chinese language teachers.

7. Recent events have highlighted a clear lack of understanding by the Minister of Education regarding Chinese primary schools. Therefore, Dong Jiao Zong hopes to directly meet with the Minister of Education to discuss the issues facing Chinese primary schools. This meeting is aimed at providing the Minister with a thorough understanding of the actual situation in Chinese primary schools and addressing various problems, particularly those related to teacher resources. Dong Jiao Zong states that they had initially requested a meeting with the Minister of Education on December 22, 2022, soon after the minister took office. However, they received no response from the Minister. On June 20, 2023, during an event presided over by the Minister of Education, where Jiao Zong Chairman Cheah Lek Aee personally requested a meeting, the Minister instructed his assistant to make further arrangements. However, there was no follow-up. Dong Jiao Zong sent another letter to the Minister of Education on October 25, 2023, requesting a meeting, but as of now, they have not received any response from the Minister. Expressing dissatisfaction with the Minister's avoidance of their meeting requests and the lack of any follow-up, Dong Jiao Zong publicly urges the Minister of Education to engage in a face-to-face discussion to address various issues related to Chinese education.

DISCLAIMER:This translation was generated by artificial intelligence. While efforts have been made to ensure the quality and reliability, it may still contain errors or inaccuracies, kindly refer to Chinese version of the official statement.

Please publish modules in offcanvas position.