董总与教总联合文告:肯定首相署邀民间交流 期望持续沟通紧密对话

董总与教总联合文告
2020年1月8日


肯定首相署邀民间交流
期望持续沟通紧密对话

  1. 董教总乐见首相署部长瓦达姆迪日前召集非政府组织,讨论爪夷字教学课题。我们肯定当局从善如流,愿意聆听与民对话、积极化解分歧的诚意。

  2. 董总主席和教总秘书长曾于今年1月1日个别接到华理会主席拿督王鸿财发出的短讯,表示该会将安排与首相署部长瓦达姆迪见面,商讨爪夷字课题,并邀请董总和教总派代表出席。由于有关的短讯完全没有说明这是首相署部长召集非政府组织的会议,因此董教总就理解为这是华理会和SEKAT于2019年12月29日召开大会后的后续行动。基于董教总本身也在处理1228华团联席大会被禁止召开后的后续工作,包括安排和教育部长及朝野政党领导层对话交流,因此我们认为可以彼此分工,通过不同的管道去争取共同的目标,以取得更大的成效,因此就没有出席华理会和SEKAT的这项后续行动。

  3. 况且,董教总此前未收到来自首相署的正式邀请,直至当天上午方才接获电邮,且有关附件的受邀名单仅列出12个组织名称和代表姓名,教总则不在受邀名单内,亦不见其他巫裔组织和代表的名单。而董教总当天已安排接待穆斯林团体前来交流,遂错过上述交流,实属可惜。

  4. 无论如何,正如首相署部长向媒体宣称“接下来还会进行各项努力,以便能够为这项课题找到解决方案”, 希望政府紧接下来能持续与民间团体集思广益,建立互信,有利于政策沟通。我们欢迎有机会和各有关组织包括持不同立场的团体会面交流,以寻求理性的解决方案。

  5. 董教总自本月2日向教育部提呈1228华团联席会议的联合声明后,已采取一系列的行动,包括将继续联系朝野政党与教育部,就爪夷字教学课题对话,表达把华淡小董事会列入决策单位之要求。

 


 

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

9 Januari 2020


Dong Jiao Zong menyambut baik usaha proaktif Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy yang mengadakan sesi dialog yang dijalankan pada 7hb Januari bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan demi mencari jalan penyelesaian isu pengenalan tulisan Jawi.

 

  1. Pada 1 Januari tahun ini, pengerusi Dong Zong dan setiausaha agung Jiao Zong menerima mesej daripada pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia, Datuk Eddie Heng Hong Chai untuk bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy untuk membincangkan isu pengenalan tulisan Jawi. Oleh kerana mesej tersebut tidak menyatakan dengan spesifik bahawa perjumpaan tersebut adalah atas inisiatif Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga melibatkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan lain, maka Dong Jiao Zong menganggapkan mesyuarat itu adalah salah satu tindakan susulan Kongres Jawi Kebangsaan anjuran Majlis Bahasa Cina Malaysia dan SEKAT (Seni Khat Action Team) yang diadakan pada 29 Disember 2019. Pada masa itu Dong Jiao Zong sedang menguruskan kerja-kerja susulan ekoran daripada larangan penganjuran Persidangan Persatuan-persatuan Cina yang dijadualkan pada 28 Disember 2019, antaranya termasuk mengatur dialog dengan pucuk pimpinan parti-parti pemerintah dan pembangkang. Memandangkan kedua-dua pihak mempunyai arah tuju yang sama, maka kami berpendapat bahawa adalah baiknya masing-masing berusaha melalui pelbagai saluran demi mencapai hasil yang maksimal. Lantaran itu, Dong Jiao Zong tidak menghadiri aktiviti susulan Majlis Bahasa Cina Malaysia dan SEKAT tersebut.


  2. Dong Jiao Zong hanya menerima surat jemputan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri melalui emel pada pagi hari perjumpaan tersebut, didapati hanya nama 12 buah pertubuhan yang dijemput manakala Jiao Zong dan nama pertubuhan-pertubuhan Melayu tidak berada dalam senarai jemputan. Selain daripada itu, pada hari yang sama, Dong Jiao Zong akan mengadakan satu pertemuan dengan pertubuhan Muslim, maka kerana kesuntukan masa dan sebab-sebab yang tersebut, kami tidak sempat menghadiri pertemuan dengan YB Menteri dan ini amat dikesali.


  3. Walau bagaimanapun, seperti yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam sidang media, iaitu pelbagai usaha akan dijalankan untuk mencari formula penyelesaian kepada isu tulisan Jawi, maka kami berharap pihak kerajaan dapat meneruskan perbincangan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan membina kepercayaan bersama supaya mewujudkan suasana yang kondusif kepada perbincangan dasar-dasar kerajaan. Kami mengalu-alukan segala peluang untuk bertukar pandangan dan bermuzakarah dengan semua pertubuhan yang berkaitan, termasuk pertubuhan-pertubuhan yang berlainan pandangan untuk mencari formula penyelesaian yang rasional.


  4. Sejak Dong Jiao Zong mengemukakan Kenyataan Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina kepada Kementerian Pendidikan pada 2 Januari 2020, pihak Dong Jiao Zong telah mengambil pelbagai inisiatif, termasuk menghubungi parti-parti pemerintah dan pembangkang serta Kementerian Pendidikan untuk mengadakan dialog, moga-moga dapat mencari jalan penyelesaian kepada isu pengenalan tulisan Jawi.

Please publish modules in offcanvas position.