董总与教总联合文告:数理英化失败确凿 重启旧政策不可取

董总与教总联合文告
2020年2月3日

数理英化失败确凿
重启旧政策不可取

 

针对1月30日首相兼代教育部长敦马哈迪与教育部管理官员举行特别会议时,发表欲恢复英化数理政策的谈话,董教总回应如下:

 

  1. 我们认同提升英语和数理水平的迫切性,但是昔日数理英化政策失败的教训,已证明揠苗助长,绝不可行。教育是影响一整代的事业,若执意重启这项违反教育原理的政策,势必冲击我国教育事发展。教育部任何措施需实事求是,重视调研分析结果,尊重专业决策。

  2. 当局在2003年罔顾民间强烈反对,坚持强推数理英化政策。惟实施六年后,教育部最终承认不仅无法普遍提升学生的英文水平,更导致数理水平低落,不得不废止该政策。近年来,我国学生的数理水平大幅滑落,国际学生能力评量计划(PISA)、国际数学与科学教育成就趋势调查(TIMSS)等评比成绩远远落后于国际水平,亦有学者指出,这是当年数理英化政策的后遗症。随着不当政策废止后, 2018 PISA调查显示,我国学生数理表现平均得分较过往为优,在在证明数理英化政策对学生数理表现的斫害。 由此可证明,数理英化政策不仅违反联合国教科文组织所倡议的母语教育之优越性,相关国际权威性调查结果,也证明数理英化政策的弊病,不利于学生的学习。

  3. 不少有识之士皆指出,我国公立学校水平日益低落,教育改革刻不容缓。随着人工智能的普及,世界各国教改纷纷改弦易辙,强调以人为本,重视学生的人文素养和拓展个性,从课程内容着手,强调培养创造思维、高思维能力和跨领域学习。新马来西亚的教改理念,不应停滞在上世纪末的工业兴国思维,将教改资源投掷在已证明失败的数理英化政策。为此,董教总呼吁希盟政府尽快物色一位具有政策视野、掌握当前国际教育趋势的教长人选,否则在这之前,不宜仓促推出任何重大教育政策。

  4. 董教总促请教育部任何重大政策出炉前,应广泛召集相关公民团体、学者专家咨询、交流,聆听不同意见,而非透过媒体放话,徒增教师、家长和学生的困扰。我们也提醒希盟内阁会议,务必反映民意,尊重教育专业,审慎定夺这项争议政策。

 


 

Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

5 Februari 2020


YAB Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr. Mahathir berkata bahawa bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam mesyuarat khas bersama pentadbiran Kementerian Pendidikan pada 30 Januari 2020. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia ( Dong Zong ) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia ( Jiao Zong ) memandang serius terhadap isu ini dan mengeluarkan kenyataan bersama seperti berikut.

 

  1. Dong Jiao Zong bersetuju dengan keperluan dan kepentingan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di kalangan murid-murid. Bagaimanapun, pelaksanaan dasar “Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)” dari tahun 2003 hingga 2009 yang berakhir dengan kegagalan jelas membuktikan bahawa dasar PPSMI bukan sahaja tidak berkesan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik malah mengakibatkan kemerosotan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran tersebut.

    Pendidikan memainkan peranan penting untuk menentukan masa depan setiap generasi, sekiranya kerajaan melaksanakan semula dasar PPSMI yang bercanggah dengan teori pendidikan, pasti mendatangkan impak negatif kepada pendidikan negara kita. Maka, sebarang dasar dan langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hendaklah menepati keperluan sebenar dengan mengutamakan hasil analisis yang menyeluruh dan pandangan profesional mengenai pendidikan.


  2. Walaupun dibantah keras oleh rakyat, namun kerajaan tetap melaksanakan dasar PPSMI pada tahun 2003. Bagaimanapun, setelah 6 tahun pelaksanaan dasar PPSMI, KPM terpaksa membatalkan dasar ini kerana bukan sahaja gagal meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, malah pencapaian murid-murid dalam Sains dan Matematik juga merosot. Kajian ahli akademik juga menunjukkan bahawa pencapaian murid-murid negara kita dalam pentaksiran PISA dan TIMSS pada masa itu berada di bawah taraf antarabangsa disebabkan pelaksanaan PPSMI. Namun setelah dasar PPSMI dimansuhkan pada tahun 2009, prestasi pencapaian murid-murid negara kita dalam pentaksiran PISA tahun 2018 telah menunjukkan peningkatan.

    Kajian UNESCO telah menunjukkan bahawa murid-murid belajar dengan lebih berkesan apabila diajar dalam bahasa ibunda. Maka, dasar PPSMI jelas bercanggah dengan saranan UNESCO yang mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda. Selain itu, banyak kajian ilmiah yang dijalankan di peringkat antarabangsa juga membuktikan kesan negatif PPSMI dan tidak memberi manfaat kepada pembelajaran murid-murid.


  3. Memandangkan prestasi institusi pendidikan awam semakin merosot, ramai ahli akademik telah membuat seruan supaya pembaharuan pendidikan negara kita dijalankan dengan segera. Berikutan dengan perkembangan AI yang semakin pesat, kebanyakan negara telah menjalankan pembaharuan pendidikan dengan menitikberatkan pendidikan yang berorientasikan perkembangan aspek kemanusiaan dan kemenjadian murid-murid, serta melaksanakan kurikulum sekolah yang mengutamakan unsur-unsur pemikiran kreatif, kemahiran berfikir aras tinggi dan pembelajaran merentas kurikulum.

    Pembaharuan pendidikan bagi Malaysia Baru hendaklah selaras dengan arus perkembangan global dan sanggup berdepan dengan cabaran masa akan datang tetapi bukan meneruskan minda lama yang ketinggalan zaman, seperti melaksanakan semula dasar PPSMI yang telah terbukti gagal. Sehubungan itu, Dong Jiao Zong menyeru supaya kerajaan Pakatan Harapan bertindak segera untuk melantik seorang Menteri Pendidikan yang berpandangan jauh dan berketrampilan dalam menerajui pembangunan pendidikan negara sejajar dengan arus perkembangan pendidikan sedunia. Sebelum pelantikan Menteri Pendidikan yang baru, KPM tidak patut melaksanakan sebarang dasar pendidikan baru secara tergesa-gesa.


  4. Dong Jiao Zong menyeru supaya KPM mengadakan perbincangan terperinci dengan pertubuhan-pertubuhan pendidikan dan ahli-ahli akademik sebelum membuat sebarang keputusan mengenai dasar pendidikan. Adalah penting bagi kerajaan untuk mendengar pandangan-pandangan rakyat, khasnya pihak-pihak yang berkepentingan supaya dasar pendidikan yang digubal oleh kerajaan mendapat persetujuan semua pihak. Sehubungan itu, kami ingin mengingatkan Kabinet supaya mengambil kira pandangan rakyat dan pendapat profesional dalam perbincangan berkenaan pelaksanaan semula PISMP.

Please publish modules in offcanvas position.